Thursday, March 18, 2010

Wednesday, March 17, 2010


Betapa hari ini ku merasakan lelah
Menghadapi situasi yang sama berulang2
Seakan memberi satu cabaran tuk hadapinya
Betapa aku lemah dan tak berdaya
Tuk sekali lagi menghadapinya
Ya Tuhan ampuni aku atas segala keluh kesah ini
Kerna bukan sengaja tuk ku beralasan
Tapi seakan ku tak sedari hikmah disebaliknya
Berikan aku jawapan yang pasti
Agar tiada lagi penyesalan berganti
Tuk kuterus melangkah gagahkan diri
Pencari cinta Ilahi bukankah sering diuji
Bersabarlah dan tabahlah…untuk sebuah redha ilahi…


betapa gmbr ini tiada kena mengenanya dgn nukilan ini..haha ( sekadar hiasan)

Duhai diri yang lupa pada nikmat tuhanMu
Sedikit ditarik tuk penghapus dosamu
Bersyukur selalu menghadapi nikmat ujian….
Indahnya andai kutahu betapa besar nikmatnya
Oh Tuhan ampuni aku yang selalu bersalah….
Kuatkan aku tuk cabaran yang seterusnya
Yang aku tak pasti apakah mampu tuk ku berdepan…???
Kerna itu hanya padaMu kuserahkan segala
Urusan hidup matiku agar dalam rahmat dan redhaMu senantiasa…insyaallah, amen!



saat2 teruji...kadang2 manusia seperti aku ini...terjerlus kelembah ammarah...Irghfirli ya Allah...

Tuesday, March 16, 2010

Sehina apapun aku....


Ya Rabb!!!
Aku tak bisa menjadi hambaMu yang selalu mengingatiMu
Walaupun sekuat mana keinginanku untuk mengingatiMu
Payah tu kuk menjadi hambaMu yang selalu bersyukur dengan nikmatMu
Walau seluas lautan telah Kau kurniakan nikmatMu padaku..
Bukan senang untuk menjadi hambaMu yang sabar
Kerna selalu sahaja aku punya amarah pada hati yang tak mampu menahan…


Ya Rabb!!!
Andai diberi pilihan tuk ku memilih antara 2…
Pasti apa aku untuk bisa memilihnya…???
Kerna aku tak bisa tuk memilih…
Melainkan takdirMu menentukannya…


Ya Rabb!!!
Seringkali aku merintih merayu pilu padaMu
Betapa aku hamba yang hina..dina…
Tak punya apa…tak punya kudrat…
TanpaMu… aku..tak upaya…
La haulawala quwwata illa billah….
Tapi kadang lupa, lalai dan terleka pada nikmatnya dunia…
Fana… terpana pada tipu dayanya...
Menjerat diri ke penjara akherat….
Yang indahnya didunia…hanyalah sementara….


sehina apapun aku...kuberharap untuk bertemu denganMU...

ya Rabbi...

d_n
140310 ; 12:16

Monday, March 8, 2010

Alhamdulillah wa syukrillah....









Semalam, petang ada liqa' dengan sahabat2 'TIGER' tp y hadir semua muslimat,tp x semua... sempat buat riadah dan taa'ruf sket walaupun sebenarnya dah kenal...cuma ada 2,3 orang sahabat yang belum cukup kenal lagi kot...insyaallah dalam proses untuk kenal... bukan nak citer tu sebenarnya...cuma rasa bersyukur sangat coz dalam mase yang singkat tu..dapat kumpul ramai2, agak susah kalau bukan waktu tu...yelah walaupun dalam serumpun tapi nak jumpe muka sahabat2 tak senang...masing2 sibuk dengan urusan masing2...tambah2 lagi assement dan test 2 yang bakal menjengah, mungkin ada sahabat2 semalam yang agak keberatan... dapat dilihat pada sirna wajah mereka...wah..wah.wahhh..haha. yelah aku lihat sendiri keadaan tu..cumanya lepas riadah tu..dan mula sesi taaruf tu muka masing2 nampak ceria..hilang sebentar segala resah gelisah dan bebanan mungkin...coz aku tengok muka yang keberatan tu lah yang paling ceria...huhu...seronok tengok muka sahabat2 yang penuh dengan keceriaan dan santai. dengan riadah petang tu...main galah panjang...best...betullah tu kalau terperap je kat bilik tu...boleh meletup...dapat main keluarkan peluh rasa lega sangat2...








Ya Rabb!
Tautkanlah hati kami hanya keranaMu

Andai ada diantara kami yang jauh, dekatkanlah dia

Andai ada diantara kami yang di uji, kuatkanlah dia

Andai ada diantara kami yang sakit, sembuhkanlah dia

Andai diantara kami punya jarak yang membezakan

Lapangkanlah dada kami untuk menerimanya...

Kerna kami hanya mendamba REDHAMU...

Moga UKHWAH yang terbina keranaMu
Bakal mempertemukan lagi kami nun disana...Insyaallah!!!