Sunday, February 28, 2010

sekilas...

ermmm.... semalam ada kuliah ust. Alan tajuk pasai kemana hilangnya generasi Al-Quran??? banyak pengisian yang aku dapat...seakan2 jawapan kepada resah gelisah yang aku rasa dalam diri ini...tadi pun, berkesempatan dgr kuliah subuh kat surau al-hidayah pasal fiqh aulawiyat (btul ke eja tu..?) benar2 Allah membuka ruang kefahaman walaupun sedikit...Alhamdulillah... emm... ada something yang perlu ditunaikan...daa...

Saturday, February 27, 2010

PadaMu....

“Ya Rabb!
Bantulah kami dalam perjalanan penuh liku dan cabaran…
Bukan untuk mencari nama,
Bukan untuk sekadar glamer,
Bukan sekadar buat kerja,
Dan bukan juga sekadar lelah dan payah
menjerih amanah yang tak tergalas,
Bukan juga kerna kemahuan dan impian,
Tapi biarlah ya Allah..
Segala-galanya keranaMu…
untuk rahmatMu…
untuk syurgaMu dan
selamanya untuk redhaMu…”

MERAWAT DUKA SENDIRI...

Hari-hari terus berlalu…orang2 disekeliling ada yang dah tak kelihatan di pandangan mata, dan ada jugak yang memang dah tak ada kat dunia nie…yang ada pulak, orang2 yang dah biasa kelihatan dan mungkin yang tu je yang akan selalu aku tengok, kiri, kanan, depan, dan belakang sementelah keberadaanku disini…orang yang sama. Dan orang yang tak pernah kelihatan di pandangan mata, tapi selalu rasa ada di sisi, siapalah dia, selalu buat aku tertanya2, dan pulak yang dulunya orang2 tu berada disekeliling aku tapi sekarang masa dan tempat dah berbeza, yang selalu ku rindui sahabat2 ku lah…apapun, siapa pun, dimana pun kalian tetap selalu inginku lontarkan pandangan kaseh sayang dan salam kerinduan…walaupun mungkin saje aku tak mesra tatkala bersama, bukan ape..hehe I’m shy girl…(betul ke ayat tur?) memang aku seorang yang agak pendiam tapi siapa yang betul2 kenal dia tahu saper aku…(hulk Hogan…)haha..


Ntah knape, sejak 2 menjak nie hati asyik teringat kenangan2 lamer…dulu…aku macam mane? Duk pulok tengah ada fb baru buat...duk mencari info pasai sahabat2 lamer…tapi tak pulak add diorang…sajer nak tengok perubahan dan keadaan diorang sekarang...aku malas nak sembang n x reti satu agi hehe buleh pulok gitu..tu cakap, dalam alam maya yang takde suara pun aku masih pilih untuk menjadi pendiam! Apa masalah aku nie…? Katak dibawah gelas ke aper…

Monday, February 22, 2010

Iman semut vs. Iman manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.


Kata Saidina Ali..

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
copy n paste from :

Thursday, February 11, 2010

muhasabah balik...

salam... hemm... sebuah cerita :
Tarikh : 10/02/2010 (sekitar jam 3 lebih2..)
Tempat kejadian : makmal entomologi
Orang terlibat : chai ying, dayang n aku (my coursemate)
Kajian Kes :
"chai ying...nak buah limau..." aku n dayang. "Takmau kasi kamu.. kamu tak kasi pun saye kueh raya maa..." chaiying.
Heee...aku n dayang terkedu... saling berpandangan. ermm betul betul betul... padan muka!
Pengajaran :
ERTI HIDUP PADA MEMBERI... haha!
so, mulai hari tu aku bertekad, aku kena jaga hati 'mad'u' aku yang sorang nie...kena banyak buat baik kat dia...selama nie aku 'ignore' je...dan kena mendekati dia dengan lebih dekat lagi...lagipun dia sorang je chinese perempuan kat kelas aku n agak baik la dengan geng aku (seha, dayang n aku).
seha pun selalu gak cerita yang si chai ying nie selalu tanye dia tentang islam...tapi kenape dia tak tanye aku???
aku suka dengar dia panggil aku"akak" dengan 'slang' yang comel....hehe.
Ya Allah...Engkaulah yang Maha Pemberi Petunjuk...maka tunjukilah kami jalan yang Kau redhai...kurniakanlah HidayahMu padanya...

Monday, February 8, 2010

SAHABAT...

Sahabat...aku rindu kamu...lamer tak dengar cerita...aku ingin bercerita...tapi nampaknya kamu sedang dilanda sibuk yang amat... kita tak jauh... tapi seakan jauh...

Sahabat yang jauh pulak semakin jauh...entahlah...ada hikmahnya...mungkin Dia mahu aku tetap teguh sendiri. bukan kerana sendiri...tapi kerna hati yang sakit barangkali...

Sahabat...aku rindu kamu yang selalu disisi...tapi sepertinya kita bukan tak serasi...cuma kerna aku barangkali yang lebih suka begini...menyendiri...maafkan andai terlalu banyak yang terasa hati...

Sahabat...kau dimana? sahabat yang lama kunanti tak pernah kunjung tiba...entah..mungkin kerana aku yang bersalah...hanya mengharap diberi...tapi tak pernah cuba untuk memberi...

Sahabat...oh sahabat...kalian tetap ku kasihi...dan inginku kasihi selalu dihati... semoga segalanya kerana DIA...

Sesekali...

assalamualaikum...

Sesekali terasa ingin meluah rasa..tapi pada siapa...

sesekali nak memacu tenaga mengembara...tapi malas melazimi...

seketika ingin menangis...tanpa diminta terlerai juga...

seketika terbias rasa...bagai mahu bercerita...

tapi...

setiap kali aku ingin.. aku membantut rasa, lupakan saja...

esoknya...dah tak rasa apa...

tapi...lagi...terasa...

bila tak mampu nak berkata-kata...

berhadapan dengan manusia...

biasa...tak kurang biasa...luar biasa...pun ada...

entahlah apa yang aku rasa...

Tuesday, February 2, 2010

BICARA TENTANG CINTA!!!

JOM PAKAT MAI RAMAI2...

JOM BERCINTA...?

"AKU INGIN BERCINTA..."
BICARAKAN TENTANG CINTA...

TAPI...CINTA YANG BAGAIMANA...???