Monday, March 30, 2009

Jendela Keinsafan..

Ku buka jendela kantuk yang mencengkam
Menghitung detik2 berlalu yang membelenggu
Mengira saat2 waktu yang ditinggalkan


Bukan kerna sedih yang melingkari jiwa
Kerna sebuah hinaan,cacian atau pandangan sinis
Atau disakiti jua dibenci


Cuma kerna kejahilan diri yang belum terkikis
Jua kefahaman yang belum cukup mantap
Apatah lagi kurangnya ilmu disisipan dada sebagai bekal

Bukan ku menyesal akan sejarah hidup ini yang telah berlalu
Bukan jua mengharap pada masa depan y belum pasti
Cuma ku punya waktu sekarang..

Oh Tuhan
Kuatkan aku tuk melangkah gagah
Bukan kerna kemegahan
Berikanku upaya tuk berjuang
Bukan kerana keterpaksaan
Kurniakan aku kefahaman tuk kebenaran
Bukan kerna keterikutan

Tunjukkan aku jalan dan wasilah
Kerna yang kuharap dan dambakan hanyalah REDHAMU…


Di suatu saat ku terasa...
Betapa aku insan yang lemah...
Tiada daya dan upaya tanpaMu ya RABB!

-aku hamba- d_n

No comments: