Thursday, March 20, 2008

TAZKIRAH..

KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam duniayang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan denganizinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yangdiizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidupkita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorangpengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauhdan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyakhalangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk kedestinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengankeseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanankerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi.

Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnyaapa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehinggaterlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Merekaterpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungutitulah BEKALAN.Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahterake arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul.Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyakmungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yangboleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua :Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi;sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuhkepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih manasatu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagaiBEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala baranganBEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana.

Kutiplah bekalansebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkanperjalanan.Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kitaakan kecapi di Akhirat nanti.""Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." -HadithRamai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerjabersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapimakna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapanak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyaklagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jaditerpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati keranakita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umumterutama pemburu harta di dunia.Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan;asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah.Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana iaadalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranyayang miskin dan memerlukan bantuan.

Orang kaya adalah pembantuorang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orangalim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulahgolongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apayang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utamadalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepadaAllah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup berertikonsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengansebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selainAllah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Inibererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia.

Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilahkita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilahterpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yangmenjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgitdipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikanmasjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalahdan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yangberjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhiratdengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wangringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya;atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat danhiburan semata.

Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgitkita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupanakhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagikita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di duniahanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapiakhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu haridi akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umurdunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandanganjauh iaitu untuk kehidupan akhirat.

Ada di antara orang-orang alimdan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu denganibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saatbagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadatsupaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yangturun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, merekamenggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk duniaadalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi diakhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpulharta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masihberusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit punmemikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan dijalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orangkaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyakmemerlukan sesuatu.Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yangmenanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terusberbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yangmembuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahalayang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmatikebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab,

seorang raja dihadiahkan orang sebuahpiala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantikdan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabilaseorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanyakepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidaklihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?"

Hukama itumenerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak bolehdibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau iadicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasaseperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidakada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepasada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amatsedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecahberkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilanganpiala itu.

Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku ataskebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa hartadunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecualikesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untukmeninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitandengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialahadakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagaihambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akanmengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah takmengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagaiumatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kitanak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaumkerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah danrasulnya..

Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semogakita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah.Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita danmudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita,insyaallah..

http://groups.yahoo.com/group/etazkirah/

No comments: