Monday, March 17, 2008

kadang-kadang..





Bismillahirahmanirahim....


Hidup ni kadang2 kita rasa macam dah tau semuanya..walhal banyak perkara lagi perkara yang kita tak tahu.. begitu juga aku.. walaupun aku tahu yang ada banyak perkara yang aku tak tahu..tapi sebenarnya perkara yang aku tak tahu tu adalah sesuatu yang sukar untuk dipercayai bila aku dapat tahu tentang perkara tersebut.. dan aku percaya perkara yang aku tak tahu lebih dasyat lagi. Dan satu yang aku tahu.. perkara tu aku tak tahu, yang sememangnya tak terjangkau dek akal aku dan manusia lain adalah zat ALLAH. Yang tu memang manusia macam aku ni tak layak nak fikir pun. Tapi perkara yang sedang berlaku dalam dunia masa kini banyak sangat yang aku tak tahu dan aku duga… sukarnya untuk aku memahami hati tiap2 manusia..dan sememangnya itu bukan kuasa aku pun..sebabnya tentang aku sendiri pun aku tak faham lagi..apatah lagi orang lain, dan aku sememangnya tak dikurniakan kelebihan untuk mentafsir hati orang lain…

Kadang2 aku nak tulis sesuatu yang bagus tapi aku bukannya penulis yang bagus..kadang2 aku rasa nekad nak buat sesuatu tapi aku tak mampu pun…kadang2 selalu ada dalam hidup insan macam aku ni…entahlah ,kadang2 tu baik or buruk bagi aku. Sebab yang pasti ALLAH maha tahu..tentang aku yang tak tahu apa2 ni…apa yang nak diberitahukan? Takde citer yang menarik sebab sememangnya aku bukan seorang yang menarik dan tak tertarik , ditarik atau apa2 yang berkaitan dengan tarik laa, haaa…susah jadi manusia…lagi susah tak jadi manusia, dan manusia yang susah memanglah susah, Aku tak tahu apa yang aku mengarut sekarang ni,, yang pasti reliti kehidupan aku memang macam nilah selalu…

1429 dah takde apa2 yang mampu aku lakukan untuk diri aku sendiri apatah lagi orang lain aku rase,, tapi sebenarnya aku tak tahu apa yang aku mampu atau tak mampu..kadang2 aku kata aku tak mampu walhal kalau aku cuba insyaAllah ada kemampuan tu… dan kadang2 aku kata mampu dan bila aku buat , sebenarnya aku memang tak mampu..tulah masa depan aku tak mampu aku nak jangkakan..sebabnya tu semua adalah kekuasaan Tuhan..kemampuan aku semuanya atas takdir ilahi.. kadang aku menyesal bila tak melakukan sesuatu perkara yang nak sangat aku buat, padahal Tuhan memang nak begitu.. mana tau kalau aku buat jugak perkara tu… lain pulak jadinya tak seperti apa yang aku nak..haa! kan tak boleh terima kenyataan pulakkan? Tulah… takdir Allah keatas setiap insan telah ditakdirkan..tak perlulah nak disesalkan ,segalanya ada hikmah disebalik apa yang kita tahu dan apa yang kita tak tahu…
SUBHANALLAH… yang menjadikan kesilapan manusia tu pedoman untuk diri mereka muhasabah balik salah silap mereka…
Nauzubillahiminzalik..andaikata kesilapan yang dilakukan secara berulang2 tak mampu mentarbiah diri manusia kearah yang lebih baik…entah ada motif tak apa yang aku tulih nie,,,

Cuma apa yang ada kat pemikiran aku setakat ni tulah rasa2 berkait dengan apa yang sedang dialami sekarang ni.. dugaan tuhan selalunya buat kita resah… macam aku sekarang nilah.. takut dengan perbuatan jahat manusia keatas diri aku..padahal yang selayaknya aku takut hanya Dia, namun kini Alhamdulillah.. tuhan beri aku kekuatan untuk rasa berani.. tak perlu takut selain Dia…
Biasalah manusia…kadang2 bila digertak skit mula la rasa macam2..saat2 kena tulah tak leh nak fikir dengan waras…bila dah berlalu baru rasa tulah, rasa nilah baru nak sedar kelemahan diri nie..teringat lirik lagu irsyadi..

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini..

Moga hidayah Allah sentiasa menyelubungi hambaNya yang menginginkan redha dan rahmat kasihNya…juga buat mereka yang sedang leka dengan permainan dunia yang mengkhayalkan…ameen…

No comments: