Monday, March 31, 2008

Sunday, March 30, 2008

Monday, March 24, 2008

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.
http://www.pmn.gov.my/terengganu/TAZKIRAH

seuntai rasa


Taubatku..

Setiap ketika takkan pernah berlalu tanpa noda


Kecamuk resah sentiasa melanda badai hati


Tak tegar rasa meneruskan perjalanan


Andai diri tak mampu menahan sabar


Andai diri tak upaya melawan amarah


Masihkah punya waktu andai onak telah beraja


Merenggut jati diri umat terbilang


Kian goyah dek dunia fana


Hati nan alpa semakin jauh meninggalkan hakikat kebenaran


Detik yang berlalu terasa cepat seiring waktu


Usia yang meniti diakhir waktu


Rebah dalam tangisan rindu


Pada sujud terakhir mohon keampunan


Mengesakan tuhan yang dulu dilupakan


Lafaz syukur berlagu hiba


kerna hidayah diberi tika jasad masih bernyawa


Alhamdulillah kerna tak terus ternoda


Subhanallah yang menjadikan hati ini tegar pada sebuah daulah..


Ampuni daku ya Rabbi dari segala kesalahanku


Terimalah daku pada sebuah pertaubatan


kerna hidupku, matiku kerna Allah yang satu...
Taubatku..

Setiap ketika takkan pernah berlalu tanpa noda


Kecamuk resah sentiasa melanda badai hati


Tak tegar rasa meneruskan perjalanan


Andai diri tak mampu menahan sabar


Andai diri tak upaya melawan amarah


Masihkah punya waktu andai onak telah beraja


Merenggut jati diri umat terbilang


Kian goyah dek dunia fana


Hati nan alpa semakin jauh meninggalkan hakikat kebenaran


Detik yang berlalu terasa cepat seiring waktu


Usia yang meniti diakhir waktu


Rebah dalam tangisan rindu


Pada sujud terakhir mohon keampunan


Mengesakan tuhan yang dulu dilupakan


Lafaz syukur berlagu hiba


kerna hidayah diberi tika jasad masih bernyawa


Alhamdulillah kerna tak terus ternoda


Subhanallah yang menjadikan hati ini tegar pada sebuah daulah..


Ampuni daku ya Rabbi dari segala kesalahanku


Terimalah daku pada sebuah pertaubatan


kerna hidupku, matiku kerna Allah yang satu...

Thursday, March 20, 2008

TAZKIRAH..

KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam duniayang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan denganizinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yangdiizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidupkita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorangpengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauhdan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyakhalangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk kedestinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengankeseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanankerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi.

Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnyaapa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehinggaterlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Merekaterpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungutitulah BEKALAN.Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahterake arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul.Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyakmungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yangboleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua :Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi;sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuhkepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih manasatu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagaiBEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala baranganBEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana.

Kutiplah bekalansebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkanperjalanan.Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kitaakan kecapi di Akhirat nanti.""Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." -HadithRamai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerjabersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapimakna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapanak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyaklagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jaditerpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati keranakita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umumterutama pemburu harta di dunia.Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan;asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah.Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana iaadalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranyayang miskin dan memerlukan bantuan.

Orang kaya adalah pembantuorang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orangalim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulahgolongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apayang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utamadalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepadaAllah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup berertikonsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengansebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selainAllah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Inibererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia.

Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilahkita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilahterpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yangmenjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgitdipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikanmasjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalahdan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yangberjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhiratdengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wangringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya;atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat danhiburan semata.

Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgitkita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupanakhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagikita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di duniahanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapiakhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu haridi akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umurdunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandanganjauh iaitu untuk kehidupan akhirat.

Ada di antara orang-orang alimdan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu denganibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saatbagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadatsupaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yangturun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, merekamenggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk duniaadalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi diakhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpulharta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masihberusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit punmemikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan dijalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orangkaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyakmemerlukan sesuatu.Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yangmenanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terusberbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yangmembuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahalayang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmatikebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab,

seorang raja dihadiahkan orang sebuahpiala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantikdan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabilaseorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanyakepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidaklihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?"

Hukama itumenerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak bolehdibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau iadicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasaseperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidakada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepasada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amatsedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecahberkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilanganpiala itu.

Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku ataskebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa hartadunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecualikesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untukmeninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitandengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialahadakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagaihambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akanmengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah takmengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagaiumatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kitanak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaumkerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah danrasulnya..

Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semogakita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah.Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita danmudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita,insyaallah..

http://groups.yahoo.com/group/etazkirah/

renungan bersama

SERONOKNYA COUPLE

1.seronok (dpt fitnah)

2.seronok (dpt dosa)

3.seronok (dpt geng dgn syaitan)

4.dpt meluahkan masalah.. (Allahkan ada)

5.byk habis duit (lebih baik guna utksedekah),tak kurang juga yg habiskan duitbeli prepaiddan bayar bil telefon ygmelambung..

6.byk risau (takut awek kita org lainkebas..berapa kali dah miss solat pasaldok asyikberdating tak pulak risau..)

7.byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtgbila2 masa..)

8.lebih mengutamakan awek drp dorg lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awekdia.. lain dah tak kisah..)

9.menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takutpulak...)

10.lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA

*copy n paste..



SEBUAH PENCARIAN

Termenung aku dititian tasik nan indah
Bersama teman dan taulan mencari ilham
Pohon nan hijau memberi seribu kedamaian
Air nan tenang mengocak kalbu kesepian
Menungku dihembus sisipan deru angin kenyamanan
Ku sedar diri ini dalam pencarian
Namun inginku tepis segala keresahan itu
Namun damai yang kurasa menyinggahi taman hati
Fikiranku menerawang menyaksikan keindahan alam
Asyik yang kurasakan semakin membahang
Mengingatkan lagi tentang kenangan silam
Mencari makna sebenar erti cinta



Hati mula memuji Ilahi
Dengan tasbih cinta ingin kumulai langkah baru
Memuji kebesaranNya kubahagia
memikirkankan keagunganNya ku terkesima
Kerna tiada siapa yang kan dengki
Kerna tiada siapa yang kan terusik
Dan tiada siapa yang kan mempeduli
Kerna hanya Dia yang mengetahui bisikan hati ini
Hanya Dia yang tahu tentang kerinduan ini
Yang merindu pada kedamaian alam
Yang merindukan keindahan ciptaanNya
Kutemui khazanah kerahsiaan yang selama ini kudambakan
Pada segenap penciptaan Yang Maha PENCIPTA
Tentang makna sebuah pencarian cinta...



Dzatuun_nithaqaini08

Monday, March 17, 2008

kenangan

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan penyayang
Selawat dan salam keatas nabi junjungan..Muhammad s.a.w.



Setiap detik yang berlalu sering ditanya
Sering disesalkan jua dikenangkan
Apalah erti andai detik itu tak mampu merubah kita
Walau seribu kali diingat2
Walau berjuta tahun di imbas2
Walau senang meskipun terkenang
Ia takkan membawa makna pada hidup insane
Andai yang dikesalkan diulang2
Yang hilang dicari2
Yang tiada dinanti2
Yang suka yang duka bersilih ganti
Gembira dan terkesima
Pasti ada dalam hidup insan
Bagaimana yang diingin?
Tak semua kan menjadi realiti
Tak semua kan tercapai
Tak semua kan termakbul
Marah dengan takdir?
takdir tuhan tetap terjadi..
teruslah tabah tetapkan imanmu
kesabaran itu pasti ada hikmahnya
tidak disini pasti kan ada di akhirat sana
Jangan kau lupa bahwa Janji tuhan pasti berlaku..
Mohonlah kepadaNya..


Ya Allah..
Engkaulah jua pelindung kami, oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kamI, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi ampun.
Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga diakhirat
Sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu..

Al-a’raf (155-156)

kadang-kadang..





Bismillahirahmanirahim....


Hidup ni kadang2 kita rasa macam dah tau semuanya..walhal banyak perkara lagi perkara yang kita tak tahu.. begitu juga aku.. walaupun aku tahu yang ada banyak perkara yang aku tak tahu..tapi sebenarnya perkara yang aku tak tahu tu adalah sesuatu yang sukar untuk dipercayai bila aku dapat tahu tentang perkara tersebut.. dan aku percaya perkara yang aku tak tahu lebih dasyat lagi. Dan satu yang aku tahu.. perkara tu aku tak tahu, yang sememangnya tak terjangkau dek akal aku dan manusia lain adalah zat ALLAH. Yang tu memang manusia macam aku ni tak layak nak fikir pun. Tapi perkara yang sedang berlaku dalam dunia masa kini banyak sangat yang aku tak tahu dan aku duga… sukarnya untuk aku memahami hati tiap2 manusia..dan sememangnya itu bukan kuasa aku pun..sebabnya tentang aku sendiri pun aku tak faham lagi..apatah lagi orang lain, dan aku sememangnya tak dikurniakan kelebihan untuk mentafsir hati orang lain…

Kadang2 aku nak tulis sesuatu yang bagus tapi aku bukannya penulis yang bagus..kadang2 aku rasa nekad nak buat sesuatu tapi aku tak mampu pun…kadang2 selalu ada dalam hidup insan macam aku ni…entahlah ,kadang2 tu baik or buruk bagi aku. Sebab yang pasti ALLAH maha tahu..tentang aku yang tak tahu apa2 ni…apa yang nak diberitahukan? Takde citer yang menarik sebab sememangnya aku bukan seorang yang menarik dan tak tertarik , ditarik atau apa2 yang berkaitan dengan tarik laa, haaa…susah jadi manusia…lagi susah tak jadi manusia, dan manusia yang susah memanglah susah, Aku tak tahu apa yang aku mengarut sekarang ni,, yang pasti reliti kehidupan aku memang macam nilah selalu…

1429 dah takde apa2 yang mampu aku lakukan untuk diri aku sendiri apatah lagi orang lain aku rase,, tapi sebenarnya aku tak tahu apa yang aku mampu atau tak mampu..kadang2 aku kata aku tak mampu walhal kalau aku cuba insyaAllah ada kemampuan tu… dan kadang2 aku kata mampu dan bila aku buat , sebenarnya aku memang tak mampu..tulah masa depan aku tak mampu aku nak jangkakan..sebabnya tu semua adalah kekuasaan Tuhan..kemampuan aku semuanya atas takdir ilahi.. kadang aku menyesal bila tak melakukan sesuatu perkara yang nak sangat aku buat, padahal Tuhan memang nak begitu.. mana tau kalau aku buat jugak perkara tu… lain pulak jadinya tak seperti apa yang aku nak..haa! kan tak boleh terima kenyataan pulakkan? Tulah… takdir Allah keatas setiap insan telah ditakdirkan..tak perlulah nak disesalkan ,segalanya ada hikmah disebalik apa yang kita tahu dan apa yang kita tak tahu…
SUBHANALLAH… yang menjadikan kesilapan manusia tu pedoman untuk diri mereka muhasabah balik salah silap mereka…
Nauzubillahiminzalik..andaikata kesilapan yang dilakukan secara berulang2 tak mampu mentarbiah diri manusia kearah yang lebih baik…entah ada motif tak apa yang aku tulih nie,,,

Cuma apa yang ada kat pemikiran aku setakat ni tulah rasa2 berkait dengan apa yang sedang dialami sekarang ni.. dugaan tuhan selalunya buat kita resah… macam aku sekarang nilah.. takut dengan perbuatan jahat manusia keatas diri aku..padahal yang selayaknya aku takut hanya Dia, namun kini Alhamdulillah.. tuhan beri aku kekuatan untuk rasa berani.. tak perlu takut selain Dia…
Biasalah manusia…kadang2 bila digertak skit mula la rasa macam2..saat2 kena tulah tak leh nak fikir dengan waras…bila dah berlalu baru rasa tulah, rasa nilah baru nak sedar kelemahan diri nie..teringat lirik lagu irsyadi..

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini..

Moga hidayah Allah sentiasa menyelubungi hambaNya yang menginginkan redha dan rahmat kasihNya…juga buat mereka yang sedang leka dengan permainan dunia yang mengkhayalkan…ameen…

Saturday, March 15, 2008

sebuah nukilan..


Perpisahan kasih

Hari hari sepi berulang lagi
Menanti perjalanan hidup insani
Kerana sepi ini beza sekali dirasa
Bukan kerana keseorangan atau sendiri kini
Namun kerna satu kalimat keramat.. PERPISAHAN
Perpisahan sementara yang bakal terjadi

Bukan tak pernah berpisah seketika yang lalu
Namun perpisahan ini mungkin sukar untuk dimengerti
Kerna kita bakal membawa haluan yang berlainan
Kudisini kau disana, duhai teman...
Ah terasa kerinduan kan berkecamuk dalam hati ini
Mengingati saat2 bersama melayari kehidupan kampus

Dalam payah dalam senang
Pasti kan terbangkit kenangan itu
Dalam suka dalam duka
Pasti menjadi igauan menyinggahi ke alam mimpi
Dalam benci dalam sayang
Kan hadir jua secubit ingatan dan rindu pada teman
Masihkah kita kan bertemu lagi?

InsyaAllah dalam percaturan Yang Maha Esa
Kita masih punya waktu andai diizinkanNya
Dan andai umur masih dilanjutkan
Ku jua punya impian melanjutkan pengajian
Dan andai takdir Tuhan mengizinkan kita pasti bersua lagi

Namun begitu teman...
Andai takdir menginginkan sebaliknya
Maka usahlah dikau bersedih hati
Impian kita masih di perjalanan
Selagi masih ada jalan kau teruskan pengembaraan
Andai tidak dibumi yang sama menemukan kita
Kita tetap berpijak pada paksi alam ciptaan Tuhan
Masih ada peluang dan harapan andai kau menginginkan begitu

Ilmu itu cahaya, menerangi semesta
Maka diceruk mana pun dikau berada rezeki tuhan pasti menjengah
Buat hambaNya yang tak pernah putus harapan
Pada Sang Pencipta Alam, Yang Maha Pengasih Penyayang
Temukan kami dalam keberkahan rahmat kasih sayangMu
Andai tidak dibumiMU ini, izinkan SyurgaMu sebagai tempatnya
Kerana kasih antara kami adalah Lillah ta’ala...



*sajak ni dinukilkan masa dah nak abis sem 5,masa duk sorang2 kat bilik menunggu hari nak balik kat umah...duk jiwang sorang2..best jugak..
BINGKISAN RINDU…


Ada rindu ada kasih yang menjalar
Ada sayang ada cinta yang mencengkam
Pada pelusuk jiwa yang kerinduan
Pada kerahan keringat menjulang
Dimana harus ku khabarkan?

Rasa rindu,kasih,sayang dan cinta ini pada siapa?

Rinduku pada cinta Pencipta Agungku
Rinduku pada kasih Rasulullah
Rinduku pada perjalanan dan perjuangan islam

Rinduku pada ibu yang memberi inspirasi
Rinduku pada ayah yang telah pergi dulu

Rinduku pada keluarga yang setia

Rinduku pada sayang sahabat
Rinduku pada insan-insan yang pernah hadir…
Rinduku pada insan yang belum kutemui…

Bisakah rinduku meleraikan segala keresahan hati
Bisakah kutemui mereka yang kurindui?

Rinduku..
Pada sebuah daulah islam yang agung…
Rinduku..
Pada kedamaian nurani memenuhi relung kalbu…
Rinduku..
Pada apa saja yang mendekatkanku padaNya…

Kubiarkan saja rinduku hanya pada yang selayaknya
Harapanku bingkisan ini bukanlah Cuma khayalan rinduku
Tapi sebagai wadah bagiku mencari jawapan rindu…






Alhamdulillah...tercipta satu lagi blog..harap2 yang nie tak tergendala macam yang sebelum nie..insyaAllah.
Ya Allah permudahkan hambaMu ini dalam mencari sebuah jawapan rindu yang selama ini ku
menanti, mencari dan kini ku harap pencarianku bukan lagi sebuah khayalan seperti nukilan yang kuhasilkan...
maka akan bermulalah sebuah perjalanan bingkisan rindu dialam maya...