PERTANIAN itu bukan MUDAH! Kerana ia diibaratkan seperti,
IBADAH suatu
yang kadang berat untuk dilakukan...
SUNNAH! kerana
itu ia menjadi payah tuk dilaksanakan melainkan dengan kehendak iman yang
tinggi!
~Well done TAGLINE penghujung tahun sempena penutupan 2015!~
IUBT PART 1:
Sekian lama, dah
nak abis penggal 2015 dan bakal menjengah 2016! Tak banyak yang saya berkongsi
dalam perjalanan 10 bulan ini, tapi sangat banyak pengalaman dan ilmu yang
dapat saya kutip dan pelajari, biarlah ia saya simpan sendiri, bukan kedekut
tapi kerna diri ini seakan ‘hang’ semacam kurang pandai untuk bercerita dan
berkongsi ibrah! Haha.. ada pulak
istilah tu ye?
Sekejap! Sekejap
jer masa berlalu, pantas!
Sangat pantas… Sekadar kembali mengimbau kenangan dan pengalaman sepanjang mengikuti program IUBT ini bersama-sama peserta kursus yang lain seramai 11orang disini, PLPP Besut, ditolak 1 yang akhirnya telah menamatkan program IUBT pada 03/11/15 yang lalu. 8 bulan saya menyertai kursus Inkubator Usahawan Belia Tani, peserta IUBT yang tinggal disini Cuma sekerat yang tinggal yang masih bersisa baki disini dan bakal menyambung projek disini pada 2016. Belum pasti, kerana keadaan dan takdir boleh berubah, andai hari ini yang dirancang itu begini tak semestinya esok itu yang akan terjadi begitu. Sungguh segala-galanya dalam perancangan Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Perpisahan juga
telah melakar sejarah lagi, ye perpisahan sementara sebelum ketemu lagi yang
entah bila kan menjelma lagi. Seperti dulu-dulu, perpisahan itu tak dapat tidak
perlu ditelan dan diharungi kerana setiap pertemuan itu telah pasti akan
berlalu dengan perpisahan. Cepat atau lambat, ia pasti terjadi, sementara atau
selamanya itu tak pasti , yang pasti juga ,andai tak di dunia yang menemukan
kita semoga syurga tempatnya, Amiin.
Tulisan ini
hanya untuk muhasabah diri ini di pengakhiran tahun dan penamatan kursus ini
yang telah lama sebenarnya berakhir. Apa yang telah saya dapat Disini…?
Banyak…terlalu
banyak sehingga saya hilang kata-kata, ye kerana terlalu banyak sehingga saya
tak punya masa untuk menulis banyak, hehe, alasan kan? Bersambung di siri akan
datang….koh…koh..koh…
No comments:
Post a Comment