Iubt part 3:
Akhir-akhir ini,
saya banyak berfikir, apakah nasib saya dalam bidang ini? Kadang-kadang gerun
memikirkan masa depan yang belum pasti, tetap saja saya mahu berusaha dan
bertawakkal kepada Dia! Ye! Kerana saya tidak tahu bagaimana keadaan diri saya
dan kemampuan saya selagi mana saya tidak memulakan langkah kaki ini dan terus
berjuang dalam bidang yang saya minati ini.
Sejak
akhir-akhir ini juga kedengaran, luahan dan keluhan hati saya sendiri dan
rakan-rakan IUBT yang masih berada disini mencari ‘income’ dan pengalaman
dengan projek kecil-kecilan masing-masing. Mampukah kita bertahan? Boleh ke
kita buat projek ni nanti? Sempat ke nak jaga 4 SPH (system Perlindungan Hujan)
kita nanti, cukup ke modal kita nak buat projek nanti? Banyak sangat kekangan
dan persoalan yang muncul selagi mana projek sebenar tidak dimulakan. Ya! kami
sudah ada pengalaman sebelum ini menanam Rock Melon selama 2 musim, tapi 4 SPH
itu dikendalikan oleh 10 orang, 1 SPH paling kurang 2 orang menjaganya. ‘Income’? masih perlu
kepada komitmen yang lebih untuk hasil yang lebih baik.
Untuk projek
sekarang juga, tanaman timun batang yang masih mengeluarkan hasil dan lada
solok yang bakal dikutip hasilnya juga membuat kami kepeningan sendiri
memikirkan nasib diri dalam bidang ini. Untuk timun batang sekarang telah 2
minggu hasil dikuti, harganya? Sangat menyedihkan bila difikirkan, hari ini
sahaja jualan menurun, untuk 1 plastik timun batang yang beratnya 7 kilo jatuh
kepada RM4, Sebelum ini RM7. Seakan tak berbaloi penat lelah kami, sedangkan
‘orang tengah’ yang lebih untung tanpa perlu berpenat lelah menanam mereka
boleh mengaut keuntungan.
Ujian dengan lada solok pula, pokonya besar,
daunnya lebat, bunganya banyak namun buahnya kurang melekat dibawah rimbun SPH,
buahnya lambat mengeluarkan hasil sebelum ini yang menjadi kerisauan kami pada
mulanya, tapi Alhamdulillah sekarang buah semakin banyak dan esok kami bakal
mengutip hasilnya, semoga bertambah rezeki kami.
Dan projek
jagung juga diharap memberikan hasil lumayan dengan syarat haruslah dijaga dan
dibelai dengan penuh kasih sayang, haha rumput-rumputan itu haruslah diracun!
Dan tak lupa juga tanaman terung yang semakin membesar dan sudah mula berbuah
semoga akan bertambah rezeki kami, ini projek beralih tangan, orang lain yang
mulakan kami yang menyambung menjaga dan membajanya, masih dalam proses baik pulih
pokok dan selenggara rumput yang semakin meninggi.
Okay cukup
disini dulu…Alhamdulillah akhirnya rajin juga saya menulis…Kikiki…
3 in 1, Penutup 2015!
PERTANIAN itu bukan MUDAH! Kerana ia diibaratkan seperti,
IBADAH suatu yang kadang berat untuk dilakukan...
SUNNAH! kerana itu ia menjadi payah tuk dilaksanakan melainkan dengan kehendak iman yang tinggi!
No comments:
Post a Comment