Seawalnya saya tak berniat pun untuk membuat synopsis tentang buku ini, tapi atas permintaan seorang sahabat, saya merajinkan diri juga untuk menulis. Biasanya saya tak membuat synopsis bagi buku yang saya baca, saya Cuma tulis apa yang saya dapat dan rasa semasa sesebuah buku dibaca. Dan seingat saya juga synopsis cerita hanya saya tulis semasa di alam persekolahan dahulu, itu kali terakhir saya bersinopsis. Jadi saya kurang mahir rasanya untuk menulis synopsis tapi saya tetap akan mencuba..
Sinopsis Tenggelamnya kapal Van Der Wijck
Berrkisar tentang cinta seorang anak muda, Zainuddin
terhadap seorang perempuan yang elok pekertinya, Hayati. Cinta suka sama suka
namun tidak direstui keluarga pihak perempuan kerana berpegang pada adat
Minangkabau yang kuat. Sedangkan Zainuddin dilihat sebagai pemuda yang tiada
harta dan keturunan, kerana menurut adat Minangkabau, keturunan anak ditentukan
oleh si ibu. Walaupun Zainuddin merupakan keturunan ayahnya yang dilahirkan di
Minangkabau tetapi Zainuddin sendiri dilahirkan dan dibesarkan di Mengkasar di
sebelah ibunya, sebaliknya pula di Mengkasar Zainuddin tidak pula dipandang
sebagai keturunan Mengkasar kerana adatnya di Mengkasar dilihat pada keturunan
ayahnya, maka Zainuddin dianggap berketurunan Minangkabau. Konfliknya Zainuddin
semenjak kedua orang tuanya meninggal, hidupnya seperti orang terbuang yang tak
punya keturunan saat dia menjejak ke Minangkabau, dirinya tidak diterima
sebagai keturunan yang sah walaupun dirinya diakui sebagai pemuda baik pekerti.
Dan diketika itu juga dirinya telah jatuh cinta kepada seorang ‘puteri’
terpelihara daripada keturunan orang Minangkabau yang beradat. Cinta terjalin
diantara keduanya dengan perantaraan surat rahsia pada awalnya dan setelah
suatu masa Zainuddin ‘dihalau’ secara halus oleh datuknya Hayati dari kampong
asalnya saat kisah cinta mereka menjadi buah mulut orang kampung Dusun Batipuh,
surat juga yang menjadi perantaraan cinta mereka. Surat-surat Zinuddin sangat
halus dan berseni dan itu sangat mengusik jiwanya Hayati yang pada awalnya
hanya kasihan dengan untung nasib Zainuddin akhirnya jatuh cinta dengan
peribadinya Zainuddin.
Namun cinta itu
yang pada awalnya Nampak sangat indah, akhirnya dikaburi dek kerana harta dan
bujukan orang-orang terdekat yang akhirnya memalingkan cinta Hayati terhadap
Zainuddin kepada Aziz yang dilihat lebih gantang dan berharta, ditambah menurut
adat Minagkabau Aziz lebih layak tuk dijadikan suami oleh kemenakan Hayati
setelah dipersetujui ramai dan Hayati yang akhirnya sendiri membuat keputusan untuk
berkahwin dengan Aziz. Aziz merupakan abang kepada sahabat baiknya Khadijah
yang tinggal di kawasan yang lebih moden berbanding kampung Hayati yang masih
terpelihara adat dan keluhuran agamanya. Aziz pula merupakan seorang yang kaki
perempuan, kaki judi yang hanya berkenan dengan kecantikan Hayati dan hanya
mahukan Hayati, jika tidak boleh secara haram yang biasa dia dapatkan dia
mahukan Hayati secara halal dengan ikatan pernikahan. Dan ditambah pula dengan
hasutan dan bujukan Khadijah yang memberikan gambaran baik terhadap Aziz dan
memburukkan Zainuddin kepada Hayati membuatkan Hayati keliru dan akhirnya
memutuskan berkahwin dengan Aziz kerna memikirkan untung nasibnya lebih baik
bersama Aziz berbanding Zainuddin.
Akhirnya
ditempat baru, Zainuddin dikenali dengan dan termahsyur dengan nama samara “Z”
dalam penulisannya yang semakin digemari ramai. Dari Pulau Sumatra ke Tanah
Jawa, Jakarta dan akhirnya menjejak ke Surabaya nama Zainuddin dikenali dan
tulisannya juga sangat menusuk jiwa-jiwa pembacanya. Beralih kepada Hayati,
hidupnya menjadi kucar kacir setelah berpindah ke Surabaya dan bertemu dengan
Zainuddin. Mereka bertemu dan bersahabat semula namun tidak sama lagi seperti
dulu. Zainuddin memegang janji yang diberikan Hayati lewat surat terakhir yang
dikirimnya, yang menyatakan mereka hanya akan bersahabat jika bertemu lagi,
namun jauh disudut hati Zainuddin dia masih mencintai Hayati dan begitu juga
Hayati sendiri. Aziz semakin menjadi-jadi perangainya dikota Surabaya dengan
sifat buruknya yang suka berjudi dan bermain perempuan yang akhirnya dia muflis
dan menyesali dirinya. Aziz dan Hayati menumpang di rumah Zainuddin yang telah
dianggapnya sahabat, walaupun dia pernah menjadi penghalang kepada Zainuddin
dan Hayati suatu ketika dahulu, dia juga telah mengakui kesilapan dirinya dan
memohon kemaafan daripada Zainuddin, dan kelihatannya Zainuddin juga sudah
memaafkan dirinya. Namun jauh disudut hati Aziz dia masih rasa bersalah dan
mahu menebus kesalahan dirinya. Yang akhirnya membawa diri ke tempat lain untuk
mencari rezeki, namun Hayati ditinggalkan dibawah jagaan Zainuddin dengan
alasan dia akan membawa Hayati selepas keadaan dirinya stabil di tempat baru.
Zainuddin tidak keberatan namun dia tidak betah berada dirumahnya sendiri,
lewat malam baru dia pulang dan tidak bertemu langsung dengan Hayati dirumahnya
kerana menjaga diri. Suatu hari sampai surat daripada Aziz kepada Zainuddin dan
Hayati yang mengatakan dia menceraikan Hayati dan memberi peluang kepada
Zainuddin untuk memperisterikan Hayati dengan alasan menebus kesalahan dirinya,
dan saat sampainya surat itu, mereka mendapat khabar berita tentang kematian
Aziz yang membunuh diri di hotel tempatnya menginap.
Klimaksnya,
Walaupun Hayati telah diceraikan dan peluang untuk mereka bersama sangat
terbuka luas memandangkan kedua-duanya masih sangat saling mencintai namun
Zainuddin dengan tegar hatinya membuat keputusan untuk menghantar Hayati pulang
ke kampong halamannya. Sedangkan Hayati masih mahu berharap Zainuddin menerima
dirinya dan membina hidup bersama-sama. Ditanyakan Hayati kenapa Zainuddin
sekejam itu? Jawabnya “Demikianlah
perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walaupun kecil, dan
dia lupakekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya”
Zainuddin berkata seperti itu kerana dia masih ingat akan perbuatan Hayati
tehadap dirinya dan hatinya ego untuk memaafkan Hayati walaupun sudut paling
dalam dirinya masih sangat mencintai Hayati. Keputusan dibuat dan Hayati
dihantar pulang dengan menaiki Kapal Van Der Wijck, keras hatinya Zainuddin
sehingga tidak mahu untuk mengahantar Hayati ke pelabuhan, hanya disuruhnya
abang Muluk menghantarkan Hayati. Esoknya, Zainuddin meluahkan perasaan hatinya
yang menyesal membiarkan Hayati pergi dan membuat keputusan untuk membawa
pulang Hayati semula setelah dibacanya surat selamat tinggal Hayati yang
dikirimkan kepada Muluk. Saat keberangkatan Zainuddin ingin menaiki keratapi
dia dikhabarkan tentang khabaran yang menghenyak dirinya sehingga terduduk dan
gementar badannya saat membaca “KAPAL
VAN DER WIJCK TENGGELAM”. Kisah cinta mereka yang tidak kesampaian diakhiri
dengan kematian Hayati dalam kemalangan kapal tenggelam dan diikuti pula
kematian Zainuddin yang menangisi dan menderita kerana kehilangan Hayati
selamanya (Zainuddin mati kerana sesak nafas dalam tidur selepas menulis nota terakhir untuk Muluk). Semasa hayatnya selepas
kematian Hayati Zainuddin menyempatkan dirinya menulis karangan-karangan yang
lebih meresap dan menusuk jiwa namun belum sempat diterbit semasa hayatnya,
hanya wasiat kepada Muluk supaya dicetak hasil karangannya dan keuntungannya
diguna untuk membantu anak-anak muda yang terlantar dalam menuju cita-citanya.
Muluk menguburkan Zainuddin disebelah kuburan Hayati kerana sebelumnya
Zainuddin sendiri seringkali menziarahi dan membelai kuburan Hayati semasa
hayatnya. Dan sebegitu lah layaknya meurut fikiran Muluk supaya kuburan
keduanya itu menjad lukisan tamsil dan pedoman bagi orang kemudian.
~ huish…panjang
jugak no…~ Begitu kisahnya berakhir….sungguh
tak pandai saya menceritakannya dengan ‘nada’ yang lebih menarik dan ‘gugusan’ ayat yang
lebih indah, sekadar itu!
1.10 p.m
3/10/15
PLPPWT
2 comments:
sedihnya cite...nak share blh? sy pernh tegok citer ni tapi tak sempat hbs..sampai kat zainuddin berhijrah menjadi penulis je..
bukankah zainudin hidup meneruskan khdupn biasa dan bina rumah untuk anak2 dgn nama rumah plindungn hayati? am i wrong ?
Post a Comment