Bismillahirahmanirahim…
Saya menulis dengan nama Allah, Alhamdulillah masih diberikan kudrat untuk
menitipkan jemari ini di papan kekunci ini. Walaupun mata mengajak tidur, dan
perut pun berlaku keroncong minta diisi, tetapi mala mini saya utamakan menulis
dahulu kerana dah lama rasanya mengabaikan keinginan hati untuk menulis dan
lama juga rasanya menangguh-nangguh idea dan ilham yang datang sewaktu membaca.
Ye! Kali ini saya menulis kerana ilham mendesak daripada pembacaan novel yang
baru sahaja saya seselai membacanya. Novel yang dibeli last minit sebelum
berangkat pulang bercuti hari raya haji yang lepas, novel yang disambar tanpa
banyak tilik dan terus ke kaunter pembayaran sebelum ditutup kedai.
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck sebuah karya Hamka, novel dan tulisan Hamka yang pertama kali saya baca. Kenapa? Novel ini pernah menjadi ‘buah mulut’ sahabat-sahabat saya di fb, jadi saya ini pantang menengok dan mendengar buku-buku yang bagus dikongsikan diceritakan saya pasti akan mencarinya dan jika dirasa baik saya takkan ketinggalan untuk membelinya, jadi novel ini salah satu daripada sasaran saya pada tahun ini. Alhamdulillah… sebelumnya saya telah menghabiskan bacaan buku Saiful Nang, Tarbiah Sentap dan Api Tauhid karya Kang Abik yang memang menjadi kegemaran saya sejak ayat-ayat cinta lagi.
Rasanya tahun
nie banyak sekali buku yang telah saya habiskan pembacaannya sepanjang berada
di PLPPWT Di Besut, Alhamdulillah! Tapi banyak sekali saya tangguhkan penulisan
saat idea datang mencelah ketika pembacaan buku-buku tersebut, makanya
banyaklah sudah karya dan ilham saya yang terabai. So, kali ini saya tetap mahu
menulis walaupun perasaan malas itu yang sering
memujuk rayu tuk tidak menulis.
Sepanjang
pembacaan novel ini, pada awalnya payah untuk menghabiskan bacaan, setakat
semalam, hanya separuh saya telah baca selama kurang lebih seminggu, tetapi
separuhnya lagi saya habiskan pada malam ini bermula selepas isyak tadi
sehinggalah detik 12 malam menjelang tiba. Apa yang ingin saya kongsikan ye?
Novel ini tentang kisah seorang anak muda yang terlalu mengagungkan cintanya
terhadap seorang perempuan tetapi tidak menyatukan mereka dengan ikatan
perkahwinan sebaliknya kekecewaan dan derita yang berpanjangan kerana wanita
yang dipuja menjadi milik orang lain sehingga yang akhirnya membawa pemuda
tersebut menjadi seorang penulis terkenal dan akhirnya bertemu kembali dengan
kekasih hatinya sehingga kematian memisahkan mereka dan kematian juga yang
menyatukan mereka. Tragisnya pengkisahan cinta yang dibawa oleh Hamka dengan
gaya Bahasa Indonesia yang kadang saya sendiri kurang mengerti tapi tetap
sahaja masih mampu untuk menghadami jalan ceritanya, tapi bukan itu yang ingin
diceritakan, saya bukan pakar pengulas buku, apatah lagi ini kali pertama saya
membaca penulisan Hamka yang cukup terkenal, tapi tetap sahaja saya belum cukup
mengenali beliau.
Bila membaca
tulisan ini, ia mengembalikan kenangan saya ke sekolah rendah dulu, penulisan
gaya bahasa lama seperti dalam buku hikayat yang pernah saya baca ketika berada
di sekolah rendah, buku hikayat Malim Deman, Hikayat Hang Tuah dan novel Puteri
Santubong yang saya masih ingat dibaca ketika itu. Jarang rasanya murid sebaya
saya mahu dan suka membaca buku-buku penulisan seperti itu, dan saya sendiri
tak pasti kenapa saya suka membacanya ketika itu, masih menjadi misteri buat
saya. Kerana tika ini payah sekali untuk saya memegang apatah lagi membaca buku
genre sebegitu.
Membaca buku ini
juga buat saya mahu menulis kembali dan mahu sekali menghasilkan karya lagi,
tapi kadang buat saya terfikir bagaimana ya caranya? Penulisan saya masih tidak mampu tuk mempengaruhi, dan tiada
‘aura’ untuk menjadi sebuah santapan kepada pembaca. Kadang membaca penulisan
dan kata-kata orang lain yang pandai bermain kata dan sememangnya kata-katanya
itu tepat sekali, saya jadi cemburu dengan mereka. Mereka mampu untuk menarik
orang lain, mampu menyentap hati-hati dan mampu mempengaruhi dan menasihati
secara baik dan hikmah sekali, tapi saya tidak sesekali mampu begitu, kerna itu
kadang saya tak mahu lagi berharap untuk menulis tapi tetap sahaja mahu
menulis…
Dan saat membaca
buku ini juga saya sedar bahawa penulisan yang baik itu datangnya daripada
hati, baik hati itu baiklah penulisan itu diterima. Tepat! Saya tahu hati ini
masih ‘kurang baik’ kerna itu saya masih berusaha untuk mendidik hati dan diri
kepada lebih baik, agar suatu masa nanti penulisan saya mampu memberi ‘hati
yang baik’ itu kepada hati-hati yang ingin kepada kebaikan juga untuk
menerimanya. Dan sepertinya juga benar
sekali, untuk menghasilkan penulisan yang baik dan menyentuh hati ianya perlu
daripada pengalaman dan rasa hati sendiri yang melaluinya baru ia mudah tuk
meresap kedalam jiwa pembaca. Kerana kebanyakannya juga kita punya kisah hidup
yang lebih kurang sama, tapi bagaimana cara mengatasinya itu yang kadang
berbeza. Dan pastinya juga setiap orang kan berbeza dan caranya juga berbeza
dan inilah saya dengan cara saya…
Dalam kesempatan
ini juga saya berfikir, dua tiga hari kebelakangan ini yang sibuk di
permusafiran buat saya sesak dan tak mampu berfikir dengan baik, untuk sekadar
menghadap laptop dengan rasa aman baru hari ini kesempatanya tiba untuk
menulis. Segalanya berkait, dan saya mahu sekali kaitkan pengalaman sepanjang
mengenal orang-orang baru dalam hidup saya disini banyak sekali kisah dan
pengalaman yang tercipta, baik dan buruknya pasti ada namun bagaimana untuk
saya mengadaptasi kisah itu dalam kehidupan saya yang seterusnya hanya saya
yang bisa melakukannya dengan izin Allah dan ilham yang baik daripada Dia selalu
saya pohonkan agar kehidupan saya yang seterusnya adalah lebih baik lagi dan
lebih dekat denganNya selalu. InsyaAllah… SEMOGA DIPERMUDAHKAN KEHIDUPAN
SETERUSNYA…..
Dan saya mahu
sekali lagi kongsikan baris kata terakhir daripada novel ini yang buat saya merasakan
bahawa saya ini masih jauh perjalanannya untuk menjadi seorang penulis!
“Karena demikian nasib tiap-tiap orang yang
bercita-cita tinggi; kesenangannya buat orang lain, buat dirinya sendiri tidak.
Sesudah itu menutup mata, barulah orang akan insaf siapa sebetulnya dia…”
Dan kata-kata
ini rasanya banyak sekali mengingatkan saya tentang keadaan diri dan insan
sekeliling saya, betapa saya ini masih jauh daipada sifat itu dan sangat-sangat
dhaif… Astaghfirullahal’azim….
1.15 a.m
03/10/15
PLPPWT
No comments:
Post a Comment