Bismillahirahmanirahim….
Okay.. hari ini saya mahu menulis, setelah sekian lama menyepikan diri daripada penulisan, alahai yang kononnya azam tahun nie nak menambahkan penulisan yang bermanfaat tapi sebaliknya sejak menyertai program IUBT nie semakin ‘kurus’ pulak semangat menulisnya… walhal banyak sudah kisah yang terkisah dan banyak pula pengalaman yang membuat diri tergamam malah tak kurang juga ilmu yang semakin membuat ianya bercambah walaupun bukan menadah di bilik kuliah. Ilmu yang datang daripada pengalaman bertani, pengalaman bergaul dengan makhluk Allah yang bernama manusia ataupun bukan tetap sahaja setiap hari pasti ada ilmu daripada Allah yang datang secara langsung mahupun tidak langsung.
Kalau
nak bercerita perihal manusia, banyak juga yang telah dipelajari daripada
pengalaman bekerja bersama mereka yang berbeza latarbelakang, 11 orang peserta
IUBT di PLPPWT, 4 daripadanya termasuk saya mendapat pendidikan formal di kolej
dan universiti, graduan diploma dan ijazah dalam bidang pertanian dan
perladangan. 5 daripadanya berlatarbelakang pendidikan yang berbeza juga,
graduan daripada university dan politeknik dan termasuk seorang engineer yang
mereka ini tidak pernah melibatkan diri secara langsung dengan pertanian dan
perladangan. Dan 2 lagi lepasan SPM Dan STPM, salah seorang daripadanya
merupakan orang yang boleh dikira terlibat secara langsung dalam pertanian
tanpa diploma dan degree tapi dia lebih berpengalaman dan berpengetahuan
daripada kami yang punya pendidikan tinggi, boleh dikatakan hasil tanamannya
lebih berjaya daripada kami dan ianya telah terbukti pada musim yang lepas,
umurnya masih muda 21 tahun! Kalau mahu bercerita perihal mereka sememangnya
banyak cerita yang mahu dikongsi, tapi cukup disini sahajaa… hahaha!
Sekarang
kita cerita perihal tanaman pula, apa cer?? Banyak dan panjang ceritanya…
sekarang telah masuk musim ke-2 penanaman kami disini, sekarang kami sedang
bertungkus-lumus membersihkan SPH (Sistem Perlindungan Hujan) yang kami gunakan
untuk menanam Rock Melon, sekarang masih dibawah proses pembersihan
sayur-sayuran yang kami tanam selepas tanaman rock melon musim pertama.
Sayur-sayuran masih lagi banyak yang belum di harvest, terutamanya SPH kumpulan
saya dan kumpulan sebelah kerana masih banya sisa baki sayur didalamnya, terasa
saying nak membuang sedangkan masa tinggal 5-6 hari lagi proses penanaman melon
akan bermula, sekarang masuk hari ke-5 semaian melon, hari ke-10 masa untuk
ditanam ke batas. Dan kami masih bertungkus lumus membersihkan SPH, semoga
dipermudahkan segala urusan. Tanaman lada solok pula masih mengeluarkan hasil,
tapi harga pasaran sekarang telah turun sekitar Rm5/kg hari ini. Lada solok
juga bakal digantikan dengan tanaman jagung selepas ini, di ladang terbuka
sana. Kami masih belum membersihkan sepenuhnya di ladang terbuka, semaian
jagung juga belum bermula, anggaran 30 ribu jagung yang bakal kami tanam nanti
secara berperingkat. Hasilnya inshaAllah lumayan, namun penjagaanya juga pasti
‘tip top’ untuk mendapatkan hasil yang lumayan, tapi segalanya hanya pada Allah
kita bertawakkal dan berserah. Kenapa?
perosak tanaman! |
Bukankah telah banyak perumpamaan yang dibuat Allah dalam Al-Quran tentang orang-orang yang bersyukur dengan kurniaanNya dan banyak juga perumpamaan itu melibatkan tanaman-tanaman dan pertanian. Semunya itu harus ditekuni dan diambil pelajaran bagi kita sebagai hamba, bukanlah perumpamaan itu dibuat tanpa ada sebab dan musabab, tetapi ia adalah sebagai hikmah disebalik tiap kejadian yang kita hadapi setiap hari dan setiap ketika, segalanya ada ilmu yang harus digali dan ada hikmah yang perlu ditelusuri.
Cukup
sampai disini sahaja…inshaAllah kita sambung lagi jika diberi kesempatan dan
ilham…
1203 pm
1/8/15
PLPPWT.
No comments:
Post a Comment