Bismillahirahmanirahim….
Bila lama tak menulis, terasa nak
menulis biarpun tak tahu nak tulis apa… walaupun banyak benda nak dikongsi
tetap bila nak tulis terasa ‘no need’ pun sebab kadang apa yang nak ditulis tak
rasa ada ‘feel’ so sebab tu tertangguh-tangguh nak tulis. Konon nak tunggu ada
‘feel’ baru nak menulis, tapi tunggu punya tunggu ‘feel’ menulis takde pun nak
menjelma, walhal ‘feel’ tu selalu je berlegar disekitar hati dan perasaan yang
selalu jugak bermain rasa, tapi selalu sahaja tak mahu melayan dan muhasabah
diri buat aku lupa semula apa yang dirasa dan
apa yang nak dibuat. Konon nak Berjaya baru nak berkongsi cerita
kejayaan, konon itulah yang menyebabkan aku semakin hari semakin meninggalkan
dunia penulisan, bukan sekadar disini, malah di mukabuku pun jarang sekali aku
menukil kata, secoret pun tidak di mukasurat buku tulis apatah lagi dimana-mana
media social lain.
So, harini cerita apa yang nak
dikongsi? Buku takde pulak yang nak dikongsikan hasil pembacaanya, ceramah atau
tazkirah jauh lagi lah perjalanan ku tuk berkongsi tentangnya, tambahan pula
saat ini jarang sekali aku mendengarkan tazkirah dan ceramah yang mampu
menyentuh hati ini, keras hatiku barangkali tak punya rasa lagi…tapi tetap mahu
mencari ‘rasa’ yang hilang itu… ye!
Rasa dalam hati ini seakan pudar,
rasa yang bermacam rasa itu seakan tak lagi mendiami hati ini, hati ini seakan
hilang rasa tuk banyak perkara, ye banyak perkara buat hati ini hilang rasa dan
hilang punca, kenapa? Aku sendirii pun tak tahu jawapannya…atau ? aku yang
sengaja tidak mahu mengakui salah silap diri? Ye..itu seakan jawapanya!
Rasa Bertuhan yang semakin surut
imannya, rasa berukhwah yang semakin hilang serinya, rasa nilai perjuangan yang
semakin menghilang dari dalam diri, rasa berjemaah yang telah lama terungkai
dari sebuah ikatan dan bai’ah. Semua ‘rasa’ yang dulu begitu harum mewangi kini
semakin pudar harumnya dan samar warnanya… Kesibukan apa yang membuat aku
sebegini? Kesibukan apa yang membuat aku terbuang dari sebuah perjuangan?
Kesibukan apa yang membuat aku hilang rasa? Kesibukan apa yang membuat aku
semakin berani menambah dosa? Kesibukan apa yang membuat aku tak peduli pada
ummah yang merana? Kesibukan apa yang membuat aku hilang rasa dalam diri?
Hilang empati hilang kasih, hilang sayang, dan hilang cinta yang selalu ku
damba-damba selama ini? Ye kemana hilangnya semua itu?
Terlalu banyak dosa yang
kutanggung barangkali sehinnga ‘rasa’ itu tak tertahan menanggung beban dosa ku
sendiri barangkali…sehingga dilupakan aku akan perihal dakwah, tarbiah dan ukhwah
yang sepatutnya mendekatkan aku kepadaNya…tapi aku dilupakan dan disibukkan
dengan perkara keduniaan yang semakin hari membuat aku semakin buntu sendirian
dan semakin dilalaikan dengan perkara yang tidak membawa sekelumit kebaikan
dalam diri ini. Sungguh! Malu aku tuk mengakui keadaan dirii kini, kerna
memikirkan diri yang semakin jauh aku ingin kembali, kembali dan kembali lagi…
kepada yang selayaknya ku kembali pada Dia! Namun sungguh kadang malu sendiri
mengenangkan nasib diri yang jauh, jauh, dan sangat jauh dari fitrah seorang
hamba…Astaghfirullahal’azim…. Ighfirli Ya Rabb!
~19/07/16~ tulisan lama...tapi rasanya masih sama...
Tahun baru Islam nie, semoga aku mampu untuk berhijrah kepada yang lebih baik dan berkongsi lebih banyak ibrah, inshaALLAH. Semoga terus kuat...
No comments:
Post a Comment