Thursday, September 21, 2017

RASA YANG SEMAKIN HILANG



Bismillahirahmanirahim….


Bila lama tak menulis, terasa nak menulis biarpun tak tahu nak tulis apa… walaupun banyak benda nak dikongsi tetap bila nak tulis terasa ‘no need’ pun sebab kadang apa yang nak ditulis tak rasa ada ‘feel’ so sebab tu tertangguh-tangguh nak tulis. Konon nak tunggu ada ‘feel’ baru nak menulis, tapi tunggu punya tunggu ‘feel’ menulis takde pun nak menjelma, walhal ‘feel’ tu selalu je berlegar disekitar hati dan perasaan yang selalu jugak bermain rasa, tapi selalu sahaja tak mahu melayan dan muhasabah diri buat aku lupa semula apa yang dirasa dan  apa yang nak dibuat. Konon nak Berjaya baru nak berkongsi cerita kejayaan, konon itulah yang menyebabkan aku semakin hari semakin meninggalkan dunia penulisan, bukan sekadar disini, malah di mukabuku pun jarang sekali aku menukil kata, secoret pun tidak di mukasurat buku tulis apatah lagi dimana-mana media social lain.

So, harini cerita apa yang nak dikongsi? Buku takde pulak yang nak dikongsikan hasil pembacaanya, ceramah atau tazkirah jauh lagi lah perjalanan ku tuk berkongsi tentangnya, tambahan pula saat ini jarang sekali aku mendengarkan tazkirah dan ceramah yang mampu menyentuh hati ini, keras hatiku barangkali tak punya rasa lagi…tapi tetap mahu mencari ‘rasa’ yang hilang itu… ye!

Rasa dalam hati ini seakan pudar, rasa yang bermacam rasa itu seakan tak lagi mendiami hati ini, hati ini seakan hilang rasa tuk banyak perkara, ye banyak perkara buat hati ini hilang rasa dan hilang punca, kenapa? Aku sendirii pun tak tahu jawapannya…atau ? aku yang sengaja tidak mahu mengakui salah silap diri? Ye..itu seakan jawapanya!

Rasa Bertuhan yang semakin surut imannya, rasa berukhwah yang semakin hilang serinya, rasa nilai perjuangan yang semakin menghilang dari dalam diri, rasa berjemaah yang telah lama terungkai dari sebuah ikatan dan bai’ah. Semua ‘rasa’ yang dulu begitu harum mewangi kini semakin pudar harumnya dan samar warnanya… Kesibukan apa yang membuat aku sebegini? Kesibukan apa yang membuat aku terbuang dari sebuah perjuangan? Kesibukan apa yang membuat aku hilang rasa? Kesibukan apa yang membuat aku semakin berani menambah dosa? Kesibukan apa yang membuat aku tak peduli pada ummah yang merana? Kesibukan apa yang membuat aku hilang rasa dalam diri? Hilang empati hilang kasih, hilang sayang, dan hilang cinta yang selalu ku damba-damba selama ini? Ye kemana hilangnya semua itu?

Terlalu banyak dosa yang kutanggung barangkali sehinnga ‘rasa’ itu tak tertahan menanggung beban dosa ku sendiri barangkali…sehingga dilupakan aku akan perihal dakwah, tarbiah dan ukhwah yang sepatutnya mendekatkan aku kepadaNya…tapi aku dilupakan dan disibukkan dengan perkara keduniaan yang semakin hari membuat aku semakin buntu sendirian dan semakin dilalaikan dengan perkara yang tidak membawa sekelumit kebaikan dalam diri ini. Sungguh! Malu aku tuk mengakui keadaan dirii kini, kerna memikirkan diri yang semakin jauh aku ingin kembali, kembali dan kembali lagi… kepada yang selayaknya ku kembali pada Dia! Namun sungguh kadang malu sendiri mengenangkan nasib diri yang jauh, jauh, dan sangat jauh dari fitrah seorang hamba…Astaghfirullahal’azim…. Ighfirli Ya Rabb!

~19/07/16~ tulisan lama...tapi rasanya masih sama...

Tahun baru Islam nie, semoga aku mampu untuk berhijrah kepada yang lebih baik dan berkongsi lebih banyak ibrah, inshaALLAH. Semoga terus kuat...


"Save me from myself"


Bismillahirahmanirahim…

Sekian lama tidak menulis aku terasa bagaikan tiada daya tuk memulakannya. Tanpa daya dariNya yang esa sungguh aku tidak berdaya, aku lemah tanpaNya namun aku masih jauh dariNya. Bagaimanakah mahu mulakan kata-kata ku yang sekian lama membeku dalam fikirankanku, tiada terluah hanya fikiran yang melayang tanpa tanganku rajin menulis. Kubiarkan saja… hari ini ku juga tak tahu bagaiman perjalanan tulisan ini akan berakhir kerana aku hanya menulis tanpa ada sebab tanpa ada tujuan, sekadar mahu menulis kerana telah lama tidak menulis, beku kosong idea di benak ini. Tak mampu menutur kata yang ingin dikata tak mampu meluah rasa apa yang dirasa tak mampu kerana aku tak mahu bercerita, seakan menutup pintu hati ini untuk merasa dan terasa! Walhal aku sendiri yang bakal menanggung resah yang tak ingin dikesah!

Akhir-akhir ini aku seakan-akan menutup pintu banyak benda yang selama ini aku kisahkan, kerana apa? Mungkin kerna perjalanan hidup ini tak lagi seperti yang aku idamkan, tak seperti yang kudambakan saat suatu masa. Saat ini aku terbiasa dengan hidup biasa sehinggakan kebiasaan yang aku biasakan dulu juga menghilang sepertinya aku tak punya rasa apa, biasa kerana sudah terbiasa. Jadi untuk keluar dari keterbiasaan ini yang semakin biasa pada diriku seakan payah pula kerana aku sudah biasa begini. Rutin biasa yang berulang-ulang setiap hari, menemukan tempat dan orang yang sama, bisa buat aku terbiasa sehingga tak ingin lagi keluar dari kebiasaan ini. Bukan kerana tak ingin tapi bagaimana? Aku tak tahu caranya bagaimana untuk keluar dari kebiasaan ini. Apabila kita telah terbiasa itu lah yang akan menjadi kebiasaan kita sehingga kita menemukan tempat dan orang baru, barulah pengalaman baru akan tercipta dan kebiasaan baru juga akan menjadi biasa…tapi itu saatnya hijrah itu perlu… tapi aku belum nampak jalan dan tempatnya yang bakal ku jejaki lagi.

Untuk kesekian kalinya dizaman serba canggih ini, aku tak rasa lagi perlu ada akaun facaebook (deactivated suda..), tak perlu nak install aplikasi2 yang berderet dalam nset ( instagram, fb, telegram, n seangkatan dgnnya aku x install da dlm nset baru nie)  Okay wasup je  aku install y len x de dah, berat je nset y murah ni nak install mcm2 mnda aiihh… kalau ada pun akaun  lama kat nset lama la tu, aku da x buka da… aku lebih senang guna blog nie untuk berkongsi, kalo rajin da dekat setahun kau! baru nak update... erkk!! okay la tu .. orang dah tak baca blog sekarang, kan. sebab tu aku lebih selesa disini, biar orang tak tahu walaupun kadang aku nak orang tahu…biar lah! My style… huh!

Okay..da jadi karangan  pown…hah ha!
daa... xtau bila lagi bakal ketemu...penulisan akan datang, mood x menentu nie...haishh!
dedikasi lagu sket...lagu yang kena dengan jiwa saat ini....

"Save Me From Myself" (Harris J)

I want it all
I want it now
Forget about the consequences
I know that it's bad, it's better to wait
But sometimes I can be selfish
And the only sound I hear is right now
And all my patience gets locked out
I know that it's wrong
And I want to change
I need You here with me

[Chorus:]
Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord I need Your help
Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah

Big lights pull me in every time
And it's so hard to break a pattern
But I see it clear, what's deep inside
Is the only thing that really matters
So tell me how, how to turn it around
Before my senses hit the ground
'Coz I know that's it's wrong
And I want to change
I need You here with me

[Chorus]

Save me from myself
'Coz I tripped and fell
And there is nothing, nothing
That I won't do
Oh, save me from myself
'Coz I need Your help
And now I'm running, running
Back to You