Subhanallah…mashaAllah…Alhamdulillah!
Sekian lama..terlalu lama rasanya… semenjak ke dua menjak yang aku tak pasti…
segmen Nukilan di I.K.I.M kembali…yang aku juga tidak pasti samada ia kembali
atau sememangnya ada je selama ini. Sebabnya
dah bertahun2 aku tak mendengarnya.
Suara Kak Fairuz mendeklamasika nukilan yang dihantar ke segmen tersebut
dan aku sendiri pun tak pernah menghantar lagi nukilan sepanjang keberadaanku
di UPM, kali terakhir yang aku dah tak ingat bila, rasanya di UMT lah kot…
kira-kira 4 ke 5 tahun dah aku meninggalkan zaman tu.. huh hu…
So,
disebabkan itulah ‘mood’ nak menulis timbul.. hehe. Dan inshaAllah selepas nie
boleh dengar nukilan sendiri dideklamasikan kat radio lagi kalau masih ada
kesempatan, stok nukilannya kan dah
banyak, tak gitu? Sebenarnya dah lama aku tak menjadi pendengar setia I.K.I.M
sebab tu ter’excited’ bila tiba2 malam
td terdengar suara dj kt radio I.K.I.M macam biasa dengar…segmen nukilan adalah
segmen kegemaran aku waktu zaman pencarian dulu2.. yelah waktu tu sangat
bermakna dalam hidup seorang aku.. yang tak punya ramai kenalan, teman untuk
mengadu dan bersama dalam aktiviti bermanfaat. Zaman-zaman awal perkenalan dengan
‘iman’ dan islam yang baru nak berputik mekar dalam hati seorang aku yang baru
mula berjinak untuk sebuah perubahan dan penghijrahan dalam perjalanan mencari
erti hidup bertuhan…
Saat
waktu itu I.K.I.M adalah teman setia aku yang banyak menyedarkan aku tentang
kepentingan ilmu, iman, ukhwah dan hidup bertuhankan Yang Maha Penyayang.
Kenapa? Sebab waktu tu aku tak punya ramai kenalan dan sahabat yang bisa memberi
dorongan kearah sebuah kebaikan. Sungguh! Kalau bukan kerana jagaan Dia mungkin
saja aku terjerumus ke jalan yang salah. Kerana tika dan saat itu aku berada di
samping mereka yang tidak pernah mengajak aku kepada kebaikan. Tapi kerna kasih
sayangNya tuhan, bersama-sama mereka aku dapat membenteng diri dari terjebak
sama ke lembah maksiat yang mereka jalani. Tapi mungkin bahananya terpercik
juga pada diri aku tatkala bersama mereka kerna aku tak mampu merubah mahupun
meninggalkan mereka. Bila memikirkan liku-liku perjalanan itu membuat aku
kadang menyesal atas kelemahan diri namun disebalik itu tersemat hikmah buat
diri ini yang hina ini.
Saat
aku tidak bersahabat dengan mereka yang berukhwah dan berdakwah, aku hanya
punya rasa hati, angan dan ingin yang ku pendam sendiri. Melalui tulisan ku
luahkan rasa hati yang membahang rasa di jiwa yang kesepian tika itu.pada siapa
lagi untukku mengadu? Selain Dia… nukilan bersama lah wadahnya untuk aku meluah
rasa pada mereka yang tak pernah mengenal siapa aku…kerna siapa aku tidak
penting…yang penting mereka telah berjaya mengubat rasa hati yang gundah hanya
dengan air muka dan perwatakan yang ditonjolkan. Tanpa suara, tanpa bertemu
muka tanpa saling mengenal, Allah memberi aku peluang dan ruang untuk merasakan
perasaan itu di ketika itu. Perasaan perit, gundah, resah dan gelisah yang ku
tanggung sendirian bertemankan Dia yang Maha Mendengarkan… Dia memberikan aku
rasa berharap, pengharapan hanya kepadaNya yang sering aku luahkan kedalam
diari dan nukilan yang kusimpan hingga kini. Pengharapan kepada insane,
pengharapan tentang ukhwah, pengharapan tentang perjuangan yang membuat aku
hanya berharap. Sebuah harapan! Pasti ku inginkan menjadi reality…dan ianya
sebuah pengharapan yang tidak pasti namun kerana harapan itu akhirnya Dia
membenarkan firmanNya, ‘Aku adalah mengikut sangkaan hambaku kepadaKu’.
Dan
akhirnya di bumi hijau bertuah aku akhirnya bertemu teman, sahabat, yang
mengajarku erti ukhwah sebenar yang selama ini ku impikan. Dalam suasana yang
baru, tempat dan sahabat baru, semuanya berjalana lancar mengikut
perancanganNya. Sehingga itulah membuat diri ini mula mengenal erti hidup
bertuhan mengenal erti hidup berjemaah. Kelangsungan itu membuat hidupku
dipenuhi warna dan perjalanan tarbiyah membuat rutin harian tidak seperti dulu.
Dan akhirnya bila Dia memberi aku kesempatan untuk merasa sibuk dengan aktiviti
dakwah dan tarbiyah membuat aku leka dengan dunia baru, dunia yang penuh
keindahan bagi aku ketika itu. Berada dalam kelompok yang sedikit yang
memperjuangkan islam yang membuak rasa dijiwa. Segala-galanya sanggup aku
korbankan waktu itu, semangat jihad yang mungkin saja mengalir dijiwa yang baru
mahu mengenal erti perjuangan membuat aku sekali lagi taksub. Darah muda, di
medan perjuangan yang aku keliru barangkali hingga suatu saat dan masa aku
futur dan lelah dengan segalanya membuat aku terpesong sendirian,mula menjauh
dan tenggelam dalam rasa bersalah…dan penyesalan berulang-ulang menjengah hati
yang rawan. Selalu timbul rasa, adakah aku lebih baik dari aku yang dulu?
Walaupun lahiriahnya ku akui perubahan besar berlaku dalam diri ini tapi masih
ada rasa disebalik semua itu, aku merasakan perasaan yang ku punya dulu saat
waktu sendiria bersama harapan kepada Tuhan lebih manis rasanya berbanding
kelelahan berjuang yang aku sendiri rasakan…
Disitu
kutemukan jawapannya, penghijrahan menjauhkan aku dari rutin lama yang
menjadi pencetus kepada penghijrahan tersebut, kerna rutinku bertukar 180 darjah dari rutin ku dulu... terlalu jauh berbeza di tempat baru..namun itu juga suatu yang ku syukuri kerna dapat merasai nikmat tersebut, rutin yang lebih bermanfaat dan bermasyarakat..hehe. Jadi bilamana malam ini.. aku
mendengarkan segmen nukilan, membuat aku mahu menulis dan sekali lagi aku
telusuri kisah perjalanan seorang aku hanya kerana segmen nukilan itu telah
banyak memberi memori indah dalam hidup seorang aku…dan Alhamdulillah, selautan
syukurku padaMu Ya Rabb…mengembalikan kenangan silam untuk ku memuhasabah diri
dan memberi sekali lagi peluang untuk aku memperbaiki diri yang makin kecundang
ini…semoga malam ini ada langkahan baru untuk kumulakan episode kehidupan yang
lebih baik esok hari dan hari-hari mendatang… inshaaAllah.. Berikan aku
petunjuk jalan menuju keredhaanMu Tuhan, Yang Maha Penyayang…
16/02/2013
1.29 a.m
bilik 4 segi
No comments:
Post a Comment