Wednesday, August 4, 2010

GENTA RASA!!!


~~~~~~~~~Sebiru HaRI iNi~~~~~~~~~~


Alhamdulillah..Alhamdulillah…Alhamdulillah… syukur dan puji selayaknya hanya untuk Dia…Pencipta makhluk!

Sekian lama…lama dan lama dulu… waktu2 aku mula mengenal dunia blog, suka aku mengunjung ke teratak maya saper2 yang aku suka tuk sekadar meneguk dan menimba minum dan makan rohani yang senipis bawang yang kupunya…dan bilaman aku suka aku akan kekal disitu…sehingga saat takdir mengubah haluan dan pencarianku kepada blog2 insan yang aku kenal sekitar kampus semasa itu…dan aku melekat disitu dan kekal disitu sehingga lupa pada yang lama…dan bilamana kini aku disini..semakin mengenal lebih ramai insane yang kenal ataupun tidak, aku begitu setia mengunjungi blog2 dan mengutip mutiara hikmah yang ada saban waktu aku tak jemu membaca…saat waktu..senyap…sepi…aku kembara maya ke blog2 lain…dan kembara itu tak terhenti disitu…terus dan terus…Cuma aku rindu…blog yang terdahulu aku kunjungi tiada update2. dan hari ini ku menjelajah ‘kotak hitam’ kesayanganku yang sudah 3 sesi sepi dari sisiku…dan kutemu simpanan2 lama…yang dulu pernah aku simpan…ku teroka dan ku baca…beza sekali perasaannya…sempat mengalir titisan jernih ke pipi…ku terasa…sangat2 terasa…

Ye…sekian lamer airmata ini seakan gersang..hari ini ia goyah dan berderaian jatuh...aku tersa bukan kerna tulisan penulis blog tersebut yang menyentuh hati (adala sket2..) tapi something yang buat aku terfikir…betapa aku dulu…saat waktu tak seperti sekarang…kenapa aku bisa menjadi orang yang x sama dgn persekitaran aku dulu yang boleh menjebak aku menjadi lebih teruk, kenapa aku boleh melawan arus walaupun tak laju waktu tu… berbanding sekarang dengan situasi dan persekitaran yang lebih baik aku menjadi seakang hilang punca...kalau dulu aku taknak menjadi aku yang dulu...tapi sekarang kenapa aku rasa aku yang dulu lebih baik dari aku yang sekarang dalam sesetengah perkara..walaupun sebenarnya realitinya aku sekarang betul2 berada ditempat yang betul…insyaallah betul! Cuma seakan ada sesuatu yang belum kufahami atau tidak ingin memahami…? Satu yang ku yakin…kerana Dia bersama aku..dia bersama hamba-hambaNya yang menginginkan dan mengharapkanNya…betapa dapat aku merasakan saat aku teruji dengan kesusahan aku berjaya mengharungi kepayahan tersebut untuk berada disini, di medan yang sepatutnya lebih mencabar..kerana aku terlebih dahulu maklum akan kelemahan diri ini… Cuma bilamana diuji dengan sedikit kesenangan manusia semacam aku ini mudah goyah..tersangat goyah, malah rapuh! Cepat benar lupanya… cepat benar asyiknya..terpana dengan keindahan sementara sehingga lupa diri… ah…manis yang kurasa rupanya penyebab semut2 hitam menodai hati..seakan anai2 turut sama menghakis rasa dan mereput jiwa…pada sebuah pengharapan dan keyakinan bahwa Allah selalu bersama! Ya..aku benar2 lupa dan leka…



”Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa” Fuhshilat:51



Wahai diri…

Usah terlalu banyak kau mempersoal hatimu…

Nanti keliru kau juga yang buntu...

Tapi kubutuh kekuatan tuk memahami situasi ini

Akukah yang bersalah dalam perubahan diri

Atau benar aku telah keliru dalam perjuangan yang ku omongkan...

Sedang aku asyik leka melaungkan manisnya ukhwah fillah

Sedang aku dibuai lazatnya mendokong pengorbanan fi sabilillah

Benarkah aku benar2 ikhlas dengan semua itu???

Bukan kerana manusiakah aku beraksi..

Bukan kerana namakah aku bersidang

Bukan kerana riakkah aku berjalan dibumi Tuhan

Bukan kerana duniakah aku mengharap segala balasan???

Menduga hati yang kadang lalai terleka dengan kefanaannya...




Akukah itu yang kugelar pejuang???

Akukah itu yang digelar daie???

Akukah itu yang mengaku mata rantai perjuangan Rasulullah...???

Sedang hati dan jiwa tak sehebat gelaran itu

Sedang diri tak kuat menahan mehnah badai dunia

Bagaimana nantinya kelak saat Tuhan mempersoalkan

Kemana waktu terluang telah kusisakan

Kemana waktu sihat telah ku pergunakan

Kemana waktu muda telah kuhabiskan

Kemana hidupku telah terlayar..?

Jawabku apa... apaaa?????


SEkadar rasa dihati....

No comments: