Tuesday, December 16, 2008

secuil rasa...


Kemana harus kulari atau kujauhi?
Dari segala yang membelenggu hati ini,
Destinasi mana yang harus ku pilih atau kutujui?
Jika segalanya samar dalam terangnya cahaya
Arah mana lagi yang patut kutempuhi atau kulalui?
Andai jalannya tak kutemui mana titik mulanya

Atas persoalan yang tak kutemui kepastian
Masihkah ada ihsan insan yang sudi memberikan jawapan?
Atau harus ku menunggu saat takdir menerangkan
Segala rencana yang telah dirancang Tuhan
Buat seorang hamba yang yang bergelar insan…



Rasa ini tak kufahami
Adakah ia benar atau cuma mainan sang qarin?
Yang sengaja mengundang resah di jiwa
Membolak balikkan fikiran yang kekusutan ini
Ataukah ini ujian Tuhan untuk mengujiku?

Sesungguhnya kekeliruan yang merasuk
Membuat aku menjadi putus asa
Dengan segala kerenah manusia
Bukan kerana dengki atau sakit hati pada mereka
Tapi kerna menyedari kurangnya diri ini serba serbi
Bukan pula kerna tak bersyukur dengan apa yang ada
Cuma secuil rasa hina diri kerna kejahilan sendiri…

No comments: