Tuesday, December 30, 2008

PERSINGGAHAN

Persinggahan…

Dalam menelusuri denai kehidupan ini
Ranjau dan duri sentiasa memagari diri
Kadang disakiti dek tajamnya menusuk
Resah jua gelisah asyik membelenggu hati
Kadang putus asa membungkam sepi sendiri
Jatuh bangun dipukul ombak yang menghentam
Kadang menjadi inspirasi membina bahtera impian

Setiap apa yang diberi kadang dilupakan
Tentang disebalik hikmah kejadian…
Lumrah insan dalam mega perjuangan
Berjuang mencari keredhaan untuk menuju kesana
Terkadang sepi sendirian dalam menegak kebenaran
Namun janji Tuhan sentiasa mengobar iltizam
Kerna mengingatkan dunia hanyalah persinggahan …

Yang fana bakal ditinggalkan
Mencari bekal disepanjang perjalanan kehidupan
Agar pertemuan disana bakal membahagiakan…


hidup didunia hanya persinggahan

SALAM MAAL HIJRAH 1430

Azam tak semestinya kata, azam juga x semestinya lafaz..
tapi yang pasti keazaman itu akan berjaya
sekiranya diikat dengan TAWAKKAL kepada Allah...
InsyaALLAH...

Saturday, December 20, 2008

SALAM...

semua hilang...
opsss! insan mudah lupa..
nggak ape2..
coming soon! insyaAllah...
bakal berakhir sebuah episod cuti semester dan bermula episod baru semester 2...

ermmm...
macam2 rasa yang bermain di benak fikir dan perasaan...
macam2 angan dan ingin jugak yang mula bersarang dan minta dihadam...
rasa macam tak sabar nak mulakan hari2 baru...
mencipta pengalaman baru dan meraih semula memori semalam...
tapi hari ini dan yang dah berlalu...
entah apa2...
debaran turut terasa...
apa2 pun Dia ada...
aku hanya berserah padaNya...
ya Rabb!
bantu aku untuk kuat menerima...
apa saja yang telah Kau sedia...

Tuesday, December 16, 2008

secuil rasa...


Kemana harus kulari atau kujauhi?
Dari segala yang membelenggu hati ini,
Destinasi mana yang harus ku pilih atau kutujui?
Jika segalanya samar dalam terangnya cahaya
Arah mana lagi yang patut kutempuhi atau kulalui?
Andai jalannya tak kutemui mana titik mulanya

Atas persoalan yang tak kutemui kepastian
Masihkah ada ihsan insan yang sudi memberikan jawapan?
Atau harus ku menunggu saat takdir menerangkan
Segala rencana yang telah dirancang Tuhan
Buat seorang hamba yang yang bergelar insan…



Rasa ini tak kufahami
Adakah ia benar atau cuma mainan sang qarin?
Yang sengaja mengundang resah di jiwa
Membolak balikkan fikiran yang kekusutan ini
Ataukah ini ujian Tuhan untuk mengujiku?

Sesungguhnya kekeliruan yang merasuk
Membuat aku menjadi putus asa
Dengan segala kerenah manusia
Bukan kerana dengki atau sakit hati pada mereka
Tapi kerna menyedari kurangnya diri ini serba serbi
Bukan pula kerna tak bersyukur dengan apa yang ada
Cuma secuil rasa hina diri kerna kejahilan sendiri…