Thursday, January 8, 2026
Nukilan ke lagu...2026!
Wednesday, December 31, 2025
Muhasabah 2025!
Penat... Sakit... kadang sendiri rebah
Tak pernah mengalah tapi tetap melangkah
Jalan masih panjang untuk kau redah...
Kadang rasa gundah selalu menyinggah
Walau rasa tak boleh nak hadap, kau masih bertabah!
Ujian hidup selalu bertamu
Datang dan pergi tak pernah jemu
Berat sulit terasa tak mampu
Tapi tetap saja rasa itu pasti berlalu
Kerna Tuhan Maha Tahu...
Mungkin kau rasa lelah dan hilang harapan
Kau ingin berlari tapi tersadung dijalanan
Kau rasa ingin terbang tapi tak sampai awan
Kau rasa tak betah lagi dengan ujian
Tapi seiring masa berlalu kau akan lupakan!
Jangan pernah mengeluh pada kesulitan
Dunia ni hanya sekelip mata tuk persinggahan
Sekadar meneguk air tuk hilangkan kehausan
Sekadar persiapan tuk bawa bekalan
Untuk negeri akherat nun yang lagi panjang tak terbayangkan...
Tuhan..aku hamba yang lemah
PadaMu tempat kuadukan segala masalah
Hanya padaMu tempat ku menadah
Semoga tahun mendatang masih terarah
Dan sentiasa dalam rahmat dan Inayah!
Bye 2025!
Friday, December 26, 2025
Lelah...
Bukan nak berkeluh kesah
Tapi kadang hati mahu meluah
Bukan pada siapa yang kisah
Cuma nak buang rasa resah!
Takde kawan nak berkelahi
Hari-hari hadap realiti
Yang tak seindah mimpi
Rasa nak lari dari semua ini
Tapi takdirku masih disini...
Ada hari aku buka buku
Aku mahu tulis sesuatu
Untuk mulai rutin baru
Tapi jari seakan kaku
Tanpa kata hanya bicara bisu
Saat ini aku tak boleh lagi lengah
Buang masa dengan semua karenah
Masalah hati yang tak ke sudah
Rasa malas, rasa penat, rasa sakit cukup lah sudah
Buang semua rasa gundah!
Aku mahu hidup tenang dengan Tuhan
Biarkan semua orang yang tak pernah kesahkan
Hidup aku, jalan aku, takdir aku Dia yang tentukan
Aku mahu jalani saja, redahi saja liku jalan
Yang telah Dia lakarkan....
d_n
Sunday, December 21, 2025
Tuesday, October 28, 2025
Akan masih disinikah lagi..?
Bismillah…
It’s okay.. will
be okay! inshaaAllah…
Kenapa sekarang??? Sebabnya saya mahu
mulakannya sekarang, never to late..benda da ada right? So! 10
years already too.. I’m here…A farmer! Yup..petani jer.. tapi perjalanan yang
panjang tu semestinya penuh dengan pengalaman kan?
Now! I want to share the
journey and I will be a full time writer for my blog, inshaAllah. La haulawala quwwatailla billah…
ye..tak ada daya dan upaya melainkan izin dari Dia.
Sementara laptop masih ada, sebelum ditarik
segala nikmat yang ada, kita manfaatkan segala-galanya dengan tujuan kebaikan
bersama! Penulisan ni akan bermula dengan perkongsian tanam-tanaman yang pernah
ditanam di sini sepanjang menjadi petani agropreneur di TKPM Jabatan Pertanian Malaysia.
Antara tanaman yang ditanam disini di dalam
rumah hijau (Greenhouse) atau kat sini kita panggil SPH iaitu Struktur
pelindung hujan. Untuk makluman TKPM ni memang digazetkan untuk penanaman
melon! Tapi ada juga tanaman sayur-sayuran yang ditanam dan ada juga ladang
terbuka untuk tanaman kontang.
Saya menulis ni kerana sayang…sayang dengan
tempat ni dan pengalaman-pengalaman yang
‘diharvest’ disini…banyak! Galeri gambar banyak yang ingin
dikongsikan…biarlah disimpan disini.
Antara tanaman yang akan menjadi topik cerita atau
artikel saya nanti ialah..hurmmm artikel? Be ready…Melon manis Terengganu,
timun batang, timun baby, kacang, peria, petola ular, labu air, terung, Cili
kulai dan sayuran berdaun, ianya akan bergantung pada galeri gambar yang saya
ada. Sebabnya dah merata simpanan gambar tu kena cari balik…well, nanti kita
bertemu lagi insyaAllah! Akan masih disinikah lagi?
9.42 p.m
28/10/2025
Thursday, August 7, 2025
TEMUDUGA: JAWATAN PEGAWAI PERTANIAN G9 UPM
Alhamdulillah...
Terima kasih kerana beri peluang untuk saya menghadiri temuduga Pegawai Pertanian G9 ini, huhu. Pengalaman temuduga kerja yang pertama kali di UPM, biasanya pergi ke temuduga SPA, untuk jawatan Pegawai Pertanian. Belum rezeki untuk menjawat jawatan Pegawai Kerajaan, rezeki temuduga jer, rasanya ni kali ke-5 menghadiri temuduga untuk Perkhidmatan awam, 4 kali di SPA. Rupanya takde cerita plak ye pengalaman temuduga terakhir di SPA, takpela kita citer pengalaman di UPM, sebab boleh kan? untuk rujukan akan datang..inshaAllah!
Okay first, dapat surat untuk temuduga seminggu sebelum tarikh kejadian, berkira-kira juga nak pergi sebab jauh...tapi Alhamdulillah dah pergi pun. orang terawal sampai pada hari kejadian, pukul 7 pagi dah terpacak kat bangunan Canselori UPM. Duk merondalah sekita bangunan tu, cari tempat temuduga, tak banyak berubah pun UPM ni bangunan yang sama, jalan yang sama 13 tahun dulu, tapi tak berani masuk tunggu kat luar sambil2 study la konon. Pastu terjumpa la kawan lama, satu batch yang hadir untuk temuduga juga, aku cam muka tapi tak ingat nama...huhu...so sama-sama la naik ke tingkat 3, tempat temuduga.
0kay Second, situasi kat tempat temuduga tu, kitorang orag terawal sampai dan daftar, dalam surat pukul 8.30 pagi, tapi start temuduga pukul 9, selepas semua pendaftaran dan proses semakan fail. 6 orang terawal diminta masuk ke bilik menunggu untuk temuduga, dan 3 orang akan masuk untuk satu sesi temuduga, dan aku orang pertama yang masuk bersama kawan aku tu dan sorang lagi junior ,budak Sabah yang baru grad tahun lepas, 3 orang sekali masuk. Bilik mesyuarat, dalam bilik tu ada 5 orang menunggu, 4 orang panel dan seorang pencatat minit kot... 4 orang panel tu takde tulis nama atau jawatan, cuma yang aku perasan PENGERUSI, BURSA, SKIM satu lagi tak perasan.
Third, soalan yang ditanya: 2 panel lelaki dan 2 perempuan.
1. Pengerusi: Perkenalkan diri dan pengalaman kerja anda?
2.Bursa: Sebagai alumni UPM sumbangan anda kepada UPM / apa yang anda lakukan untuk penjanaan dana UPM? (aku tak pasti soalan ni, sebab tak berapa nak faham dan tak berapa nak menjawab soalan, tapi lebih kurang begitula.. sbb tak jangka dan memang tak de sumbangan pon sebagai alumni..huhu)
3. Bagaimana anda mengatasi projek-projek yang dilaksanakan jika menghadapi kegagalan atau tidak berjaya mencapai target?
4. SKIM: lebih kepada komunikasi 2 hala yang berfokus kepada pekerjaan sekaran, macam aku lebih kepada Melon manis Terengganu, skop kerja, penggunaan input dan modal dan apa yang dilakukan untuk penjanaan hasil dan promosi produk.
Jawapan untuk semua soalan tu aku dah tak ingat pon, sebab 'blur' sangat..kikiki...Lebih kurang dalam 30 minit je tampoh masa temuduga tu, x lama. 10 minit sorang jer lebih kurang ,setiap soalan tu dia bagi je sape yang nak mula dulu dan ambil giliran jawab, so atas kita la mengolah dan menjawab.
Last but not least.. sebelum ke temuduga tu ade la dapat info dari staff UPM yang suruh Study pasal pertanian UPM, nama VC, pengarah, Nilai-nilai murni UPM, keterjaminan makanan, Agenda true north vc UPM. Visi misi UPM, perancangan jika dapat jawatan ni, short term goal and long term goal, kenapa UPM patut ambil anda buka orang lain? Apa kelebihan anda?
Tapi semua ni xde pon ditanya..sebab masa last sekali tu pengerusi ada tanye dah study kan pasal UPM? so kita tak tanye la...huhu.
So, itu lah sedikit sebanyak pengalaman temuduga di UPM, aku tulis ni sebab x banyak yang kongsi tentang temuduga ni, aku try juga cari info tp tak jumpa yang spesifik, ni pun just kongsi walaupun tak berjaya.. lepas seminggu dah tahu keputusan dia.
Tapi nak tahu juga kriteria yang berjaya tu macamana ye? Dorang ni xde lah plak nak kongsi.. Tapi aku percaya rezeki masing-masing kan, so takde la nak pertikaikan kenapa tak dapat? sebab nye yang datang untuk temuduga tu dalam 20 orang rasanya, dan mungkin jawatan tu untuk 1 orang jer. So? tahniah la yang mendapat.... Aku? cuba lagi..selagi masih layak...
Sunday, July 7, 2024
Tetaplah hatiku....
Tetap lah hatiku...
disini..disana...dimana-mana
Kau tak bergantung harap pada sesiapa
kerna kau punya Dia...hanya Dia... cukup Dia...
Saat hidup ini kau rasa
tak lagi bermakna
Tapi kau masih meneruskan perjalanan kehidupan ini
Kerana Dia ingin begitu takdirmu...
Saat kesendirian kau kesunyian
kerana itu pilihanmu sendiri..
Pilihan yang bisa kau hindari atau telusuri
Mencari kebersamaan atau meneladani perbezaan
Tetapi kau tetap memilih untuk terus menyepi..
Tetap saja kau kembali lagi..
Harini kau mimpi apa ya?
Tuk berbasa basi pada dunia jauh sekali
Kerna disini medan tempur ku sendiri mencari diri yang hilang barangkali
Hilang kemana?
Masih di dunia yang fana ini
Barat timur utara selatan
Berputar-putar seluruh alam
Masih lagi di bumi Tuhan
Hidup tetap perlu bertuhan...
Dongak ke langit..? Masih langit yang sama
Awan bergerak laju atau bumi yang berputar semakin laju...?
Fenomena alam yang masih tak Kufahami dan ku abaikan...
Hari baru tahun baru..Alhamdulillah!
Dan tetap saja aku masih disini...
Merenung hari-hari yang pergi dan bakal berganti...
Masihkah aku disini atau disana nanti?
Saturday, April 10, 2021
Monday, February 8, 2021
PETOLAR...
FIRST TIME TANAM PETOLA ULAR! TAPI NI LAST TANAMAN DISINI...
BARU JE SEMAI MELON UNTUK PLOT BARU...




