I WRITE SOMETHING…
Bismillahirahmanirahim….
Alhamdulillah, ‘something comes to my
mind’ just a little case, petang tadi mood semangat nak membersihkan tapak
tanaman, rajinkan diri membako sampah kat tepi bukit dalam angin duk
menderu-deru. Lastly terjelepok jatuh, nasib bukan dalam longkang, dalam duk berkejar dengan api, bawa
sebaldi air nak padamkan api yang marak ke bukit, api makan rumput kering yang
bersembunyi dalam rumput2 hijau, huhu. Dah sakit kaki, balik la belum pukul 6,
sampai rumah sempat tengok Santai di tv1, ustaz dusuki.
Ustaz ada cerita tentang kisah akhlak
nabi dengan seorang perempuan tua yahudi, yang nabi selalu suapkan nasi
kepadanya sedangkan perempuan tua itu buta dan selalu duk mengutuk nabi kerana
dia tak tahu yang menyuapkannya makanan itu adalah nabi, yang akhinya saat
kewafatan nabi Muhammad, Abu Bakar menggantikan tugas nabi namun perempuan tua
tersebut akhirnya tersedar dan mengucap syahadah apabila mengetahui yang selama
ini orang yang dibenci dan dikutuk adalah insan mulia yang menyuapkan dia makanan
dan insan itu adalah junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Allahuakhbar indahnya akhlak nabi.
Seterusnya ustaz ada cerita juga
tentang sebuah cerita yang saya pernah baca di group wasup/ fb da lupa. Tentang
kisah seorang anak berumur 12 tahun yang
setiap malam bangun untuk solat tahajjud untuk mendoakan ayah dan ibunya,
dimana ayahnya melihat peristiwa tersebut dan akhirnya sejak itu dia sendiri
tak pernah meninggalkan solat tahajjud, dia bangga akan anaknya itu. Sayu lagi
hati, walaupun kisah tu dah banyak kali dengar, dan cerita tu dah dibaca
berkali-kali, duhai hati…masih ada rasa, mata masih mahu merembeskan air...huk..huk...
Selepas habis program tv, beralih ke
wasup plak, group ‘cucu cicit nenek’ tertengok plak video yang dikongsikan sepupu,
oleh ustazah norhafizah musa tentang kelebihan solat malam dan menangis mengadu
pada Allah saat tersebut, sebak hati….sungguh lama tak menghayati ceramah
ustazah norhafizah, dulu selalu dengar dan catat setiap bait bicara hikmah
ustazah…
Aduhai diri…
Duhai hati…
‘Rasa’ itu Allah beri…
Allah panggil tuk
kembali pada Dia…
Kembalilah…
No comments:
Post a Comment