Daurah
Ramadhan…(Kursus/Latihan) ~Ustazah NorHafizah Musa~
Pentingnya hati
ini untuk meLalui satu proses pelatihan suatu proses pendidikan, yang kita
boleh rangka aktiviti harian kita iaitu
kita jaga dan amalkan perkara-perkara ini :
1. Jaga solat fardhu berjemaah
“Barangsiapa yang melakukan solat di masjid
secara berjemaah selama 40 hari dan dia tidak pernah terlepas sekali pun satu
rakaat solat isyak dan dia akan terbebas daripad api neraka”
2. Tanamkan dan lazimkan diri dengan amalan
zikrullah
Hadith nabi : katakanlah wahai Fatimah ketika kamu
berpagi-pagian : Subhanallah wa bihamdih
la quwwata illa billah ma syaa Allahukana wama lam yasya’ lamyakun…
Dan barangsia
yang membaca pagi terpelihara sehingga ke petang dan siapa yang membaca pada
petang hari terpelihara dia sehingga ke
pagi.
Anas bin malik meriwayatkan bahawa nabi
mewasiatkan kepada Fatimah untuk mengamalkan pagi dan petang untuk dibaca : Ya hayyu ya qayyum birohmatika astaghih
aoslihli sya’ni qullah wala takilni la nafsi tarfato ain..
“Wahai Yang Maha Hidup, dengan namaMu dengan
kasih sayangMu aku memohon pertolongan, perbaiki lah seluruh urusanku dan
janganlah Engkau serahkan diriku walaupun pada kadar sekelip mata” Hadith
riwayat An-Nasa’i.
Asma’ binti umais meriwayatkan Rasulullah
bersabda: hendak tak kamu aku ajarkan kamu satu kalimat yang kamu baca apabila
kamu rasa kesusahan : Allah, allahu
rabbi la ushyrikubihi syai aa.. “Allah, Allah Tuhanku, tidaklah aku menyekutukan Allah dengan sesuatupun…” Hadith
riwayat Abu Daud Ahmad Ibnu Majah dan At-Tabrani
3. Membaca Al-Quran dan fahamkan maksudnya.
Sebelum
berkomunikasi dengan manusia lain komunikasi dulu dengan Allah, caranya dengan
membaca al-quran dengan satu mukasurat ke satu muka surat dengan maknanya.
Hadith
Rasulullah menyebut :
“Ada satu golongan itu apabila bercakap baik
sangat bunyinya, dia membaca quran tapi dia baca quran, imannya tidak dapat
melampaui kerongkongnya”
Maknanya dia baca setakat di lidah tapi tak
sampai pun ke hati ayat quran yang dibacanya..
~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah…masih
diberi nyawa tuk bernafas dimukabumi milik Tuhan ini…Alhamdulillah semoga
sampai aku ke bulan Ramadhan yang tak sampai
sehari dua lagi… Alhamdulillah kerna masih diberi rasa tuk menyambut
Ramadhan Kareem walaupun sekali lagi dirantauan masih sahaja di dalam negeri
darul iman dan semestinya tetap di bumi Malaysia. Alhamdulillah aku punya rasa
untuk menyelongkar laptop sebelum Ramadhan tiba, mencari-cari simpanan
ceramah-ceramah agama tentang Ramadhan, untuk timbulkan rasa seronok dan
sebagai persediaan tuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba ini, sekali lagi
sampaikan aku ke bulan Ramadhan Ya Allah…dan berkatilah daku dibulan Ramadhan
dan pertemukan daku dengan Malam Lailatul Qadar..
Muhasabah di
malam hari ini, sambil mendengar ceramah Ramadhan semoga mampu untuk kongsikan
sesuatu dan ada sesuatu yang mampu meresap kedalam diri ini, sesuatu yang
mungkin telah lama hilang ataupun sesuatu yang aku tak pernah kecapi ia atau
sahaja mungkin aku tak pernah tahu apakah sesuatu yang aku dambakan itu. Tetap
sahaja aku mahu berharap tentang itu…tentang sesuatu yang aku tak pasti tapi
mahu! Aku mahukan sesuatu penambahan dalam hidup ini , sesuatu yang mendekatkan
aku kepada Tuhan bukan yang menjauhkan, sesuatu yang melunakkan daku kepada
kebaikan bukannya kemungkaran, sesuatu yang membawa aku ke syurga bukannya neraka,
dan sesuatu yang membawa keredhaan Tuhan bukannya kemurkaan Tuhan…dan segala
macam sesuatu yang menambah pahala dan bukannya dosa…
Alhamdulillah
sekali lagi kerna sungguh! Hari ini aku masih bernyawa esok belum pasti, saat
dan ketika yang terasa panjang tuk sampai ke bulan Ramadhan yang hanya
bertingkah sehari sahaja lagi, kerna apa? Hari ini aku mendapat khabar tentang
seorang adik yang kukenal walaupun tak serapat mana tapi kami pernah
bekerjasama dalam banyak program PMIUPM semasa di zaman kampus dan saat aku
mendapat khabar yang dia telah pergi bertemu menghadap Ilahi pada pagi tadi
kerana kemalangan, aku tersentak dan terbayang-bayang wajah arwah, masih segar
diingatan wajah dengan senyuman yang sentiasa terukir diwajahnya dan jaket
hitam yang sentiasa dipakai yang menjadi trademark PMI . Allahurabbi…. 2 hari
lagi Ramadhan…Innalillahi wainna ilaihi rojiun… Ya Allah..Tempatkan beliau di
kalangan hambaMu yang soleh dan hamba yang Kau Redhai…
Astaghfirullahal'azim....
No comments:
Post a Comment