Baru-baru nie
aku tiba-tiba teringat tentang seseorang…insan pertama yang aku kenal melalui
perkenalan didalam bas diawal semester aku di upm…saat permulaan dia menegur
aku…dia sebagai senior mesti ingat aku lebih muda darinya…tapi rupanya kami
sebaya…dia yang mula menegur aku dan meminta no. telefon…adegan yang aku selalu
impikan akan berlaku pada seorang aku sebelum menjejakkan kaki ke universiti…
dan adegan yang aku masukkan dalam cerpen dalam karya aku yang masih tersimpan
dalam folder ‘ilhami’…lama aku menunggu saat itu… 3 tahun sebelumnya…hanya
harapan…dan saat terjadinya peristiwa itu…pada awal pertemuan aku selalu mengharap agar ukhwah kami berpanjangan…rupanya
takdir aku dan dia tak lama…aku sungguh tak pandai menghargai dan memaknakan
ukhwah yang selalu aku omongkan…apa-apapun dia adalah sebahagian pencetus inspirasi
kepada diri dan perubahan seorang aku… dia yang membawa aku mengenal satu erti
yang tak kufahami…
Baru aku
perasan, bila menulis tentang dia…rupanya usrah pertamaku di bumi UPM dengan
dia…di surau kecintaanku…pertama kali aku dalam halaqah kecil itu…namun aku
rasa dan pasti itu juga kali terakhir aku bersamanya dalam halaqah kecil
tersebut…kisah pertama dan terakhir yang aku dengar dari dia tentang awal
perkenalannya dengan islam, kisah dan detik pengislamannya, serta dugaan dan
cabaran di awal dan saat dia mula berhijrah sampai ke tahap itu…
Dia yang
pertama mengajak ku ke majlis ilmu ‘Kuliah Fiqh Wanita’ yang dianjurkan oleh
PMIUPM ketika itu… dia yang pertama mengajak aku kesurau kolej ketika itu…diwaktu
aku sibuk dengan persediaan kolej dalam acara kawad kaki pada awal semester
bermula yang membuat aku sukar tuk berjemaah di surau… awal semester aku sangat
‘taat’ dengan arahan biro2 kolej yang banyak songeh… tapi dialah yang pandai ‘mencuri
masa’ untuk bertemu dengan aku dan memperkenalkan aku dengan beberapa senior
dan sahabat baru ketika itu…yang membuat aku jatuh cinta pada surau itu… pertemuan
kami acap kali di surau itu atau kuliah fiqh. Dia juga yang menemukan aku
dengan lebih ramai sahabat sehingga satu masa membuatk aku dan dia semakin jauh…entah
mengapa??? Aku sendiri tertanya-tanya…kenapa begitu sikapku? Salah aku atau
dia??? Yang aku ingat, mungkin kerana kami jarang bertemu lagi…pertemuan yang
sekali sekala membuat aku segan dengannya…ditambah pula ketika itu aku telah
menemukan insan yang aku kenali sebelumnya…dan mula menyertai grup usrah baru…tapi
itu bukan penyebabnya kerana dia dan naqibahku saling mengenal, malah baik
sekali…sungguh aku tak tahu penyebab sebenarnya..mungkin kerana aku orang yang
lambat mesra…untuk benar2 mengenali hati budinya…
Sunggguh, aku
tak ingat apa2 lagi tentang dia selepas itu melainkan pertemuan dan
pertembungan kami di fakulti yang hanya bersalaman dan sepatah dua kata
bertanya khabar…dan khabar tentang sakit yang dialaminya melalui seorang senior,
dan dia habis belajar dan terus senyap…selepas dia hilang dengan kisah hidup
dia yang aku tak ketahui…no. telefonnya hilang bersama dengan hilangnya nset ku…langsung
baru2 ini aku tak pasti kisah benar atau sekadar mimpi…dan aku sendiri tak
pasti dari mana seumbernya…aku dapat tahu dia dah kahwin dan mempunyai seorang
anak…4 tahun berlalu begitu pantas…kadang aku tertanya…reality atau mimpi? Namun
yang teramat pasti dia pernah hadir dalam kisah hidup seorang aku…menceria dan
mengesani hatiku walau sekejap Cuma.. memori itu memberi keindahan, angan dan
harapan yang pernah muncul dalam mencipta pengalaman hidupku…
Aku ingin
sekali menulis cerpen tentang kisah yang pernah diceritakan dulu..yang masih
teringat2 dalam memori rapuhku ini…dia memberi keizinan kepada kami untuk
menceritakan kisah itu semula melalui penulisan atau pengkisahan..Cuma waktu
itu aku tak pandai nak mengolah..sekarang pun masih mencari2 idea… sungguh
ingin sekali menjalin ukhwah itu kembali… dan aku tahu…aku yang bersalah…bukan
memutuskan…tapi kerana aku yang tak pandai mengeratkan…dan aku sungguh rasa
bersalah…hanya ketika ini, kenapa sekarang aku mula memikirkan tentang dia? Kenapa
tidak dulu…saat waktu dan peluang masih ada…kami bersama… hanya tika saat ini
yang terlewat…ingin sekali menjejak ukhwah itu kembali…’ottoke’?
"Ya Allah dimanapun dia berada kini, tetap sahaja kami dibawah langitMu yang sama, pertemukan kami suatu saat nanti dengan pertemuan yang barakah, semoga Engkau sentiasa berkati dan rahmati dirinya dan keluarganya dengan rahmat kaseh sayangMu...limpahkan kaseh sayangMu kepada kami, hamba yang hina ini dalam menggapai redhaMu...tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang Kau cintai dan himpunkan kami bersama orang-orang yang Kau beri nikmat, petunjuk dan hidayahMu...". Ameen...
No comments:
Post a Comment