Tapi…tapi…layakkah aku pinta padaNya? Sedang aku kotor! Hina! Berdosa!
Pantaskah aku membuat pengaduan padaNya? Tentang dosa! Salah! Silap! Khilaf! Yang selalu ku ulang-ulang tanpa taubat yang pasti?
Benarkah segalanya telah kuserahkan padaNya? Bukankah puji dan puja manusia yang ku damba??? Bukahkah perhatian mereka yang kucari? Atau sekadar mencurah rasa untuk sekadar merasa lega??? pada siapa??? Bukankah pada mereka yang bergelar hamba??? Manusia biasa! Sejauh mana telah ku serah segala mala…hanya padaNya???
Ku tanyakan pada diri…tuk ku muhasabah diri! Kerana ku tahu amalku belum cukup sempurna untuk menghindar segala persoalan itu…
Amalku untuk dunia melebihi amalku untuk akherat…walhal dunia itu fana,sedang akherat itu pasti kekal! Sedang bekal yang dicari didunia yang sementara itu tak mampu menampung kehidupan akherat yang pasti itu…
Amalku kepada ALLAH tak sebanyak keperluanku padaNya…sedangkan dalam tiap tadahan doa…bermacam2 dipinta walhal hanya dengan sekadar 2 rakaat solat, 3 atau 4?
Cukup dengan solat 5 waktu, tahajjud, hajat dan dhuha???
Kadang2 dengan 2 rakaat solat hajat…pelbagai hajat yang dipinta padaNya agar ditunaikan, mohon diperkenankan, dimakbulkan…kadang bila hajat termakbulkan…Alhamdulillah…sujud syukur dipersembahkan…sekadar bersyukur atas nikmat yang didambakan???
Sedang 24 jam kita bernafas dimukabumi Tuhan??? Tentang oksigen…tentang air…tentang udara, tentang segala makhluk Tuhan yang tiada ternampak dek pancaindera mata, tentang itu pernahkah kita meminta pada Yang Maha Pencipta??? Dalam setiap pengakhiran atau awalan doa kita??? “Ya Allah, kurniakan aku udara, kurniakan aku oksigen untuk aku bernafas di mukabumiMu ini…” pernahkah begitu??? Pasti…Tiada pernah… sejauh mana kita menjadi hambaNya yang bersyukur??? Cuba..solat tahajjud 12 rakaat dan pinta padaNya..
d_n 1.13 a.m.
050110
1 comment:
Tidak ada kekuasaan sedikitpun bagi manusia buat sekedar membalikkan telapak tangan kalau tanpa seizin ALLAH AL AHAD
MAHA BESAR ALLAH DENGAN KEAGUNGAN-NYA
Post a Comment