Wednesday, December 31, 2025

Muhasabah 2025!



¬Muhasabah 2025¬


Penat... Sakit... kadang sendiri rebah

Tak pernah mengalah tapi tetap melangkah

Jalan masih panjang untuk kau redah...

Kadang rasa gundah selalu menyinggah

Walau rasa tak boleh nak hadap, kau masih bertabah!


Ujian hidup selalu bertamu

Datang dan pergi tak pernah jemu

Berat sulit terasa tak mampu

Tapi tetap saja rasa itu pasti berlalu

Kerna Tuhan Maha Tahu...


Mungkin kau rasa lelah dan hilang harapan

Kau ingin berlari tapi tersadung dijalanan

Kau rasa ingin terbang tapi tak sampai awan

Kau rasa tak betah lagi dengan ujian

Tapi seiring masa berlalu kau akan lupakan!


Jangan pernah mengeluh pada kesulitan

Dunia ni hanya sekelip mata tuk persinggahan

Sekadar meneguk air tuk hilangkan kehausan

Sekadar persiapan tuk bawa bekalan

Untuk negeri akherat nun yang lagi panjang tak terbayangkan...


Tuhan..aku hamba yang lemah

PadaMu tempat kuadukan segala masalah 

Hanya padaMu tempat ku menadah

Semoga tahun mendatang masih terarah

Dan sentiasa dalam rahmat dan Inayah!



Tahun ini bakal menutup tirai jadikan muhasabah!

Bye 2025!

Friday, December 26, 2025

Lelah...





 Hari ini aku rasa lelah

Bukan nak berkeluh kesah

Tapi kadang hati mahu meluah

Bukan pada siapa yang kisah

Cuma nak buang rasa resah!


Hari-hari aku sendiri sepi

Takde kawan nak berkelahi

Hari-hari hadap realiti

Yang tak seindah mimpi

Rasa nak lari dari semua ini

Tapi takdirku masih disini...


Ada hari aku buka buku

Aku mahu tulis sesuatu

Untuk mulai rutin baru

Tapi jari seakan kaku

Tanpa kata hanya bicara bisu


Saat ini aku tak boleh lagi lengah

Buang masa dengan semua karenah

Masalah hati yang tak ke sudah

Rasa malas, rasa penat, rasa sakit cukup lah sudah

Buang semua rasa gundah!


Aku mahu hidup tenang dengan Tuhan

Biarkan semua orang yang tak pernah kesahkan

Hidup aku, jalan aku, takdir aku Dia yang tentukan

Aku mahu jalani saja, redahi saja liku jalan

Yang telah Dia lakarkan....


d_n


Sunday, December 21, 2025

Tuesday, October 28, 2025

Akan masih disinikah lagi..?

 

Bismillah…


Hi..hi.! sekarang kita mula semula penulisan…tapi fokus kita kali ni untuk pertanian seperti mana penjenamaan semula yang telah lama dimomokkan, kini baru menjelma semula.. 

It’s okay.. will be okay! inshaaAllah…

Kenapa sekarang??? Sebabnya saya mahu mulakannya sekarang, never to late..benda da ada right? So! 10 years already too.. I’m here…A farmer! Yup..petani jer.. tapi perjalanan yang panjang tu semestinya penuh dengan pengalaman kan? 

Now! I want to share the journey and I will be a full time writer for my blog,  inshaAllah. La haulawala quwwatailla billah… ye..tak ada daya dan upaya melainkan izin dari Dia. 

Sementara laptop masih ada, sebelum ditarik segala nikmat yang ada, kita manfaatkan segala-galanya dengan tujuan kebaikan bersama! Penulisan ni akan bermula dengan perkongsian tanam-tanaman yang pernah ditanam di sini sepanjang menjadi petani agropreneur di TKPM   Jabatan Pertanian Malaysia.

Antara tanaman yang ditanam disini di dalam rumah hijau (Greenhouse) atau kat sini kita panggil SPH iaitu Struktur pelindung hujan. Untuk makluman TKPM ni memang digazetkan untuk penanaman melon! Tapi ada juga tanaman sayur-sayuran yang ditanam dan ada juga ladang terbuka untuk tanaman kontang.

Saya menulis ni kerana sayang…sayang dengan tempat ni dan pengalaman-pengalaman yang  ‘diharvest’ disini…banyak! Galeri gambar banyak yang ingin dikongsikan…biarlah disimpan disini.

Antara tanaman yang akan menjadi topik cerita atau artikel saya nanti ialah..hurmmm artikel? Be ready…Melon manis Terengganu, timun batang, timun baby, kacang, peria, petola ular, labu air, terung, Cili kulai dan sayuran berdaun, ianya akan bergantung pada galeri gambar yang saya ada. Sebabnya dah merata simpanan gambar tu kena cari balik…well, nanti kita bertemu lagi insyaAllah! Akan masih disinikah lagi?

 

9.42 p.m

28/10/2025

Thursday, August 7, 2025

TEMUDUGA: JAWATAN PEGAWAI PERTANIAN G9 UPM




 Alhamdulillah...

Terima kasih kerana beri peluang untuk saya menghadiri temuduga Pegawai Pertanian G9 ini, huhu. Pengalaman temuduga kerja yang pertama kali di UPM, biasanya pergi ke temuduga SPA, untuk jawatan Pegawai Pertanian. Belum rezeki untuk menjawat jawatan Pegawai Kerajaan, rezeki temuduga jer, rasanya ni kali ke-5 menghadiri temuduga untuk Perkhidmatan awam, 4 kali di SPA. Rupanya takde cerita plak ye pengalaman temuduga terakhir di SPA, takpela kita citer pengalaman di UPM, sebab boleh kan? untuk rujukan akan datang..inshaAllah!

Okay first, dapat surat untuk temuduga seminggu sebelum tarikh kejadian, berkira-kira juga nak pergi sebab jauh...tapi Alhamdulillah dah pergi pun. orang terawal sampai pada hari kejadian, pukul 7 pagi dah terpacak kat bangunan Canselori UPM. Duk merondalah sekita bangunan tu, cari tempat temuduga, tak banyak berubah pun UPM ni bangunan yang sama, jalan yang sama 13 tahun dulu, tapi tak berani masuk tunggu kat luar sambil2 study la konon. Pastu terjumpa la kawan lama, satu batch yang hadir untuk temuduga juga, aku cam muka tapi tak ingat nama...huhu...so sama-sama la naik ke tingkat 3, tempat temuduga. 

0kay Second, situasi kat tempat temuduga tu, kitorang orag terawal sampai dan daftar, dalam surat pukul 8.30 pagi, tapi start temuduga pukul 9, selepas semua pendaftaran dan proses semakan fail. 6 orang terawal diminta masuk ke bilik menunggu untuk temuduga, dan 3 orang akan masuk untuk satu sesi temuduga, dan aku orang pertama yang masuk bersama kawan aku tu dan sorang lagi junior ,budak Sabah yang baru grad tahun lepas, 3 orang sekali masuk. Bilik mesyuarat, dalam bilik tu ada 5 orang menunggu, 4 orang panel dan seorang pencatat minit kot... 4 orang panel tu takde tulis nama atau jawatan, cuma yang aku perasan PENGERUSI, BURSA, SKIM satu lagi tak perasan.

Third, soalan yang ditanya: 2 panel lelaki dan 2 perempuan. 

1. Pengerusi: Perkenalkan diri dan pengalaman kerja anda?

2.Bursa: Sebagai alumni UPM sumbangan anda kepada UPM / apa yang anda  lakukan untuk penjanaan dana UPM? (aku tak pasti soalan ni, sebab tak berapa nak faham dan tak berapa nak menjawab soalan, tapi lebih kurang begitula.. sbb tak jangka dan memang tak de sumbangan pon sebagai alumni..huhu)

3. Bagaimana anda mengatasi projek-projek yang dilaksanakan jika menghadapi kegagalan atau tidak berjaya mencapai target?

4. SKIM: lebih kepada komunikasi 2 hala yang berfokus kepada  pekerjaan sekaran, macam aku lebih kepada Melon manis Terengganu, skop kerja, penggunaan input dan modal dan apa yang dilakukan  untuk penjanaan hasil dan promosi produk.

Jawapan untuk semua soalan tu aku dah tak ingat pon, sebab 'blur' sangat..kikiki...Lebih kurang dalam 30 minit je tampoh masa temuduga tu, x lama. 10 minit sorang jer lebih kurang ,setiap soalan tu dia bagi je sape yang nak mula dulu dan ambil giliran jawab, so atas kita la mengolah dan menjawab.

Last but not least.. sebelum ke temuduga tu ade la dapat info dari staff UPM yang suruh Study pasal  pertanian UPM, nama VC, pengarah, Nilai-nilai murni UPM, keterjaminan makanan, Agenda true north vc UPM.  Visi misi UPM,  perancangan jika dapat jawatan ni, short term goal and long term goal, kenapa UPM patut ambil anda buka orang lain? Apa kelebihan anda? 

Tapi semua ni xde pon ditanya..sebab masa last sekali tu pengerusi ada tanye dah study kan pasal UPM? so kita tak tanye la...huhu.

So, itu lah sedikit sebanyak pengalaman temuduga di UPM, aku tulis ni sebab x banyak yang kongsi tentang temuduga ni, aku try juga cari info tp tak jumpa yang spesifik, ni pun just kongsi walaupun tak berjaya.. lepas seminggu dah tahu keputusan dia. 

Tapi nak tahu juga kriteria yang berjaya tu macamana ye? Dorang ni xde lah plak nak kongsi.. Tapi aku percaya rezeki masing-masing kan, so takde la nak pertikaikan kenapa tak dapat? sebab nye yang datang untuk temuduga tu dalam 20 orang rasanya, dan mungkin jawatan tu untuk 1 orang jer. So? tahniah la yang mendapat.... Aku? cuba lagi..selagi masih layak...