Wednesday, February 18, 2015

Coming soon!!! New place to go...Excited!

Alhamdulillah... atas segala ruang dan peluang yang diberi Allah kepada seorang insan yang hina dina ini untuk terus melangkah dan mengolah hari mendatang dalam perancangan takdirNya. Alhamdulillah aku diterima untuk program usahawan tani pada tahun ini setelah tahun lepas aku gagal menempatkan diri kesana. Apa yang best nye joint program nie? Elaun dapat bukan banyak pun, penat kena buat kerja-kerja ladang nie...semakin hitam la muka aku yang baru jer nak cerah sikit nie..kui..kui.kui..

Okay ini adalah satu langkah  yang aku ambil untuk terus melangkah kekancah kehidupan yang lebih mencabar ini. Satu langkah ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya, inshaa Allah! Aku sangat-sangat ingin memulakan langkah dan mengambil inisiatif untuk meningkatkan ekonomi dan potensi diri aku disamping membuka ruang kepada keluarga aku menambah pendapatan saat aku berjaya melaksanakan projek pertanian impian aku, inshaAllah, semoga dipermudahkan dan dibukakan jalan oleh Allah! Aku harus mendesak diri untuk berfikir dan merubah diri daripada sikap dan pemikiran aku yang sekarang nie. Sebab tu aku cabar diri dengan ambil jalan ini dan cabar diri aku sendiri untuk mandiri dan berdikari serta menambah baik potensi diri kearah kejayaan dunia dan akherat.


Kalau difikirkan aku rasa mereka yang diluar sana pasti fikir yang aku membuang masa tempoh 8 bulan semata-mata untuk kursus yang bukan jaminan untuk sebuah pekerjaan, dan setelah bertahun-tahun bealajar nak tambah lagi masa untuk suatu yang belum pasti,  bila nak kerja dan simpan duitnya bila nak kawen lagi? Persoaalan tu biarlah tak terjawab dan biarlah masa yang menentukan segalanya kerana sungguh aku sendiri pun tak tahu bagaimana untuk menjawabnya dan sungguh aku tidak ada pengetahuan tentang soal jodoh dan rezeki yang lain. Tapi inshaaaAllah ini adalah satu langkah untuk aku merencana sebuah kejayaan dan masa depan aku yang lebih baik . ya aku perlu berusaha bersungguh-sunguh dan mengambil peluang untuk meneroka setiap sudut ilmu dan pengalaman orang lain untuk aku aplikasikan dalam kehidupan aku nanti. Dan aku juga perlu ubah diri dan keyakinan aku untuk berjaya!

Buku shopping online! sampai semalam.. haruslah dibaca...

Jangan lagi nak menyia-nyiakan waktu dan bersenang lenang dengan perkara lagha dan takde faedah, carilah sebanyak mungkin faedah dalam kehidupan dan tempat baru nanti dan jangan lupa mengambil ibrah dan pengajaran daripada alam. Sungguh aku ingin sekali menjadi orang yang bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga dan orang lain, inshaaAllah  semoga dipermudahkan ya Allah. Sungguh aku hamba yang sangat lemah tanpaMu tak daya dan tak kuat untuk aku melalui kehidupan ini yang sungguh ujiannya berliku-liku dan sangat menguji diri hamba yang lemah ini. Tiada lain yang kudambakan selainMu dan tiada lain yang ku inginkan selain redhaMu, sungguh hanya padaMu segalanya dan bantulah aku dan pandulah aku kejalan keredhaanMu ya Rabb! Dan bantu aku untuk menambah iman dan taqwa serta membawa pengaruh baik kedalam keluarga dan orang-orang yang dekat dengan aku serta masyarakat sekitar yang melihat daku.  Jangan ya ALLAH Kau jadikan aku di kalangan orang-orang yang kalah pada nafsu dan orang yang lalai dan terleka dengan indahnya dunia serta orang-orang yang sesat. Maka berilah petunjuk hidayahMu kepadaku dan insan-insan sekelilingku yang amat memerlukan petunjuk dan suluhan kebenaran daripadaMu...


Okay...aku ada misi dan visi yang harus dikotakan!!!