Wednesday, January 21, 2015

Titian Hidup!

Bismillahirahmanirohim..



Perasaan apa yang sedang bermain dijiwa dan dirasa, dihanyutkan gelora galau hati yang sedang dibuai keasyikan kelalaian dan kefanaan dunia. 

Entah! mungkin merasakan dunia ini masih panjang usianya tuk di nikmati walhal sungguh tahu akan kebenaran ajal tak mengenal usia, biarpun jika dunia ini masih panjang usianya masih jauh tuk menanti kiamat tapi tidak begitu dengan manusia tiba-tiba itu selalu ada. 

Namun hakikatnya kita tahu akan kebenarannya bahawa dunia semakin menghampiri ajalnya juga apatah lagi diri manusia yang pendek umurnya tak  seperti mana usia dunia yang telah wujud sekian lama.

Kemaruk akan kekayaan dan kejayaan dunia yang bersifat sementara? Aarghh! Manusia memang sifatnya begitu, rakus akan dunia!

Meniti perjalanan kehidupan ini
Ku hanya meredah fatamorgana dunia
Kadang ku keliru dalam menelusuri denai yang berliku
Kadang ku tersesat di jalanan yang bersimpang siur
Ku tak tahu bagaimana tuk ku teruskan langkah ini
Dalam keadaan diri yang penuh dosa?

Ya Allah…
Aku hambaMu yang berlumur dosa
Dibelenggu nafsu dunia yang menggoda
Kadang lupa dan terleka dengan asyik dan indahnya
Betapa aku insan yang hina bak lumpur hitam yang tak punya apa

Ampunkanlah daku oh Tuhanku
MaghfirahMu ku dambakan rahmatMu
Fitrah insan tuk kembali kepadaMu
Setelah bebanan dosa ku pikul
Seakan tak daya lagi menanggung gelisah rasa…

Namun Kau sahaja tempat ku bersandar

Tempat tuk ku mengadu dan harapan hanya padaMu…