Friday, December 13, 2013

Aku Yang Berdosa...!

Astaghfirullahal’azim…

Ya Allah…belum masanya kan Ya Allah?
Aku masih berdosakan Ya Allah?
Aku tahu aku hambaMu yang penuh dosa…
Kerana itu Kau beri rasa sakit ini..walaupun sedikit sahaja Kau jentik aku…
Namun kesannya sangat mendalam dirasa…
Rasa keputus asaan terhadap diri sendiri…
Sedang aku makin jauh dariMu
Semakin Kau duga aku dengan ujian-ujian yang kecil cuma
Namun tak terasa berdaya untuk aku menanggung..
Kerna aku hambaMu yang lemah..
Bagaimana tidak?

Jika aku kuat..takkan mungkin aku jatuh ke lembah kemaksiatan
Andai aku kuat takkan mungkin aku begitu cepat berputus asa
Andai aku kuat takkan ada titis air mata ini berderai ke pipi
Andai aku kuat, aku tak berada disini menangisi segala yang terjadi
Segalanya kerna aku yang berdosa dan aku lemah ya Rabb!
Aku tahu masih belum masanya segalanya terubat…
Jika aku tidak benar-benar kembali padaMu…
Tolongi aku…rasa ini semakin menambah keyakinanku..
Segalanya kerana aku yang berdosa….

Astaghfirullahal’azim…

Tapi aku masih tidak tahu apa yang perlu kulakukan…tolongi daku tunjuki jalannya…
Jalan yang Kau redhai…

Semoga rasa ini menjadi detik kemanisan yang Kau janjikan…

~d_n~

Sejenak yang dulu, hari ini terasa...

Syukurku…

Alhamdulillah…
Pada Dia yang selayaknya ku syukuri…
Atas segala nikmat dan rahmat yang Dia kurnia…

Pemberian Tuhan buat hambaNya tidak terhitung banyaknya
Mahu atau tidak dipinta atau tidak semuanya telah Dia beri tanpa memilih…
Tetapi manusia itu yang suka memilih-milih dan menghitung-hitung nikmat dari TuhanNya….

Sejenak memikirkan tentang anugerah  hidup yang diberi untuk merasai betapa indanya dunia
Sejenak memuhasabah tentang nikmat islam yang diraih tanpa lelah dan payah untuk menggapainya
Sejenak  merenung  akan  nilai secebis iman  yang masih berbaki memenuhi ruang jiwa ruhani

Sejenak hati yang mahu kembali kepada Tuhannya pasti menemukan hikmah dan hidayahNya
Sejenak  melayari kehidupan dunia ruh dan jasad pasti kembali ke tempat asalnya
Sejenak melalui detik manis pasti ada ruang duka yang meresahkan

Sejenak itu pasti berlalu dan kembali ke sejenak yang lain pula
Kerna manusia itu hanya sejenak berfikir dan lupanya berpanjangan
Hanya sejenak merenung dan terus dialpakan dengan kefanaan

Hanya sejenak bermuhasabah pasti kembali lalai dan leka dengan urusan kehidupan….
Oleh itu serikan kehidupan dengan istghfar yang berpanjangan…
Astaghfirullahal’azim…

d_n