Wednesday, November 30, 2011

Kembara hijrah!!!


Kembara hijrah…1433! Kembali lah duhai jiwa yang berdosa…




Bermulanya kisah pengembara..bukan baru..24 tahun mengembara dunia yang serba mewah dengan nikmat Allah…tapi dalam pengembaran seorang hamba yang baru bertatih dalam sebuah medan yang dikatakan ‘Perjuangan’ tatkala di marhalah ini pun mampu untuk kecundang… aarghh…iman itu meningkat dan kadang menurun…ramai manusia akan melalui fasa2 tersebut..Cuma bagaimana cara menghadapinya barangkali berbeza…hati pedih mengenangkan dosa-dosa yang membelenggu diri, maksiat2 hati yang belum mampu dihindari…mengenang tentang hijrah diri.. dulu, kini…Astaghfirullahal’azim….di daerah ini di marhalah ini…aku kecundang lagi…kerana aku makin terasa jauh…bermulanya kisah…

Sedih dan pilu..bila mengenangkan sahabat 2 sebatch yang tinggal berapa kerat je…huh buat diri ni semakin jauh. Sahabat2 yang dulu bersama2 dalam medan perjuangan nie yang sama2 naik, yang sama2 bergerak kerja…kini yang ada tinggallah kenangan dan yang ada sekarang tak semeriah dulu. Al ceritanya diri yang lemah nie buat keputusan..untuk ‘slow down’, walhal memang dah slow pun, takdelah laju sangat sebelum nie…prog. banyak kali ponteng..liqa’ dah terus tinggal..surau y dulunyer rumah kedua selepas bilik dah payah nak singgah…program2 ilmu, kalau dulu sayangnyer kalau tak pergi..bermulanya sem nie macam tak rasa apa kalau tak pergi… sangat banyak amanah yang ditinggal tanpa rasa bersalah…tulah ‘bencana’ atau kafarah dosa atas diri yang sengaja nak menjauh…dah rasa betapa peritnye hidup tatkala terpesong dalam landasan dan menjadikan dunia sebagai tujuan…kalau boleh diundur waktu, sesekali takkan pernah nak berfikir untuk menjauh …



Futur…Semakin hari semakin lagha..semakin hari semakin jauh…dalam proses nak menjauh maka Allah perkenankan dengan menarik balik nikmat ibadah, nikmat iman…menurun secara mendadak! Tak rasa seronok lagi dengan perjuangan yang di omong2kan..xrasa ‘Zuq’ dgn roh tarbiyah, tak rasa bersalah dengan amanah yang x tertunai. Hafalan surah wajib yang dulu terjaga sekarang dah tunggang terbalik..buku bacaan tak hadam2.. hadith pun tak terhafal…ibadah sunat tak terkawal n dah x istiqamah, usrah pun jarang2 sekali..apatah lagi amanah dan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian. kadang2 timbul rasa seronoknyer tak terikat dengan organisasi…bebas buat apa yang aku suka…tak kisah dah apa nak jadi..lantak p lah…

Tapi bilamana hidayah Allah menyapa kembali hati yang keliru ini, Alhamdulillah moga tertautlah hati ini kepadaNya semata..tidak lagi pada kelazatan dan indahnya yang fana…sesekali tidak untuk aku meneruskan kejahilan dan kehinaan untuk kembali kepada ‘kemaksiatan hati’ yang telah menghijab diri dari segala kebaikan yang ada pada sudut dunia ini. Sempena maal hijrah yang telah menghitung hari ke-4, azam dan harapan semoga diri ini terus istiqamah dalam medan pengislahan dan perjuangan di marhalah ini ke tingkatan seterusnya sehingga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan dunia dan akherat hamba yang hina ini. Muhasabahlah duhai diri…


Bila hati disapa hidayah sekali lagi, tak mahu lagi berpaling pada jahilnya diri, ingin terus melangkah dengan keyakinan hanya padaNya. Namun melihat situasi sekarang yang hangat, membuat diri sedikit bimbang, apa yang harus aku lakukan??? Tak mampu rasa hati…tuk berdepan, sekali lagi mahu menjauh??? Tidak…sekali2 tidak…

Ighfirli ya Rabb!!!