Monday, September 19, 2011

Ampunkanlah segala dosa dalam diri...

Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah…

Hati ini memang mudah tersentuh…tapi ia tersentuh bilamana ia memang disentuh..namun kadang2 walau tak disentuh ia tetap juga tersentuh kerana hati ini memang mudah tersentuh…


Dewasa ini..diri sengaja menjauh..bukan mencari alasan tapi tiada alasan untuk dijadikan alasan kerana semua itu bukan alasan…tapi tetap mahu beralasan!


Tika ini jiwa ini gersang rasa ukhwah…yang dulu menyinar jiwa yang sepi..namun kini jiwa kembali sepi kerana ukhwah yang dipuja beransur sepi…


Dulu tekad penuh dihati…menjiwai sebuah pengalaman murni..sebuah pengislahan yang menguji diri dalam perjuangan yang menuntut janji..tapi jiwa itu futur tuk kesekian kali menagih rasa di jiwa…


Dimana kalian? Tika tiada baru sedar keberadaannya…tika ada…menyapa pun payah…aarghh..aku tahu aku bukan siapa2 tuk merasa apa2 pada sesiapa pun…ada atau tidak bermaknakah?


Matang pada umurnya..hakikat usia ditangan Dia…hati, jiwa dan raga masih punya rasa…kadang tak keruan dan tak ketahuan sendiri…


Sahabat yang dulu dekat..kini yang tinggal hanya bersisa…tak mampu tuk memujuk rasa sebuah kehilangan yang tak terungkap…ya aku rindu saat suatu masa…


Mengharapkan sebuah pengertian, namun hati sendiri tak mahu mengerti..jadi apa perlu untuk dimengerti? Sebuah pengertian yang tak bererti…


Kemaafan yang harus dipinta dan diberi…keampunan yang mesti dipohon… dengan penuh rasa khauf pada pembalasanNya dan raja’ pada rahmatNya Yang Maha Luas….


Kadang2 kesengajaan dalam sengaja membawa padah kepada sebuah nikmat…walau seindah manapun dunia yang selalu dekat dihati…namun hati tetap mahu kembali kepada fitrahnya…


Bilamana takdir menyapa payah dan sulitnya hidup…tika hati mahu menangis dan berputus asa…lalu rebah dipangkuan bumi lantas tersadung menyembam tanah… La tai’asu, La tahzan, Allah pasti bersama!


Sekian lama tak punya rasa…kini rasanya bermacam rasa…apapun rasanya…masam, manis, pahit atau tak punya rasa…itu lumrah kan???


Ujian menguji keimanan yang semakin mendekatkan…atau hukum kepada kesalahan yang menjauhkan… namun harapan berpinta.. semoga terampun segala dosa dan diangkat darjatnya….


Ighfirli Ya Allah…Ighfirlana Ya Rabb!