Wednesday, January 21, 2009

Dari lubuk hati utk sebuah GAZA yg bergolak...

oleh TokPenghulu

Oleh ustnik


"Tentera Yahudi ganas dan memberontak

Kanak-kanak dan wanita ditembak

Gaza dibom jadi padang jarak

Biar dunia bising dan cuba menggertak

Tak ubah hanya seperti bukit yg disalak

Yahudi terus berlagak

Menjadi Ya'juj Ma'juj yang merosak

Menjadi Dajal yang memijak

bumi Palestin yang dikoyak rabak

Mereka yg berpesta hanya tahu melalak

Terkinja dan melompat seperti katak

Malam tahun baru disambut sambil berteriak

Membilang jarum jam macam budak-budak

Dengan tari, nyanyi dan (arak?)

Hati hitam,kotor dan berkerak

Diri hanya tahu bergelak

Tiada sayu, malu dan sebak

Melihat umat diratah dan dibentak

terus ditembak dan ditembak

Dan Melayu hanya terus bersorak,

melalak dan melalak

Aku memanggil 'Wa Mu'tasimah!'

tiada siapa yg bergerak.."


Promote sikit :

Selamat datang ke groups : respeks_group

selamat datang ke weblog : respekss

selamat datang ke weblog : ustazmuda
MONOLOG SEKEPING HATI...H
Ingin kucurah kan segala keluh kesah
Menghambur sejenak gelisah resah
Membongkar khazanah dibalik derap desah
Mengcungkil segenap masalah yang tak terluah
Namun hanya rasa yang bermain parah
Menikam kalbu yang tak pernah menyerah
Pada jiwa yang hanya berserah


Apakah yang harus kuharap di setiap langkah
Yang longlai mencebik lemah
Dibalik sinar yang kuharap menyimbah
Materi dunia yang tak berwarkah
Menghentam bak ombak menerjah
Kekusutan yang terlahir diwajah
Harus siapa yang kupersalah?

Angan dan ingin yang tak sudah
Menjadi makanan yang kuratah
Walhal diri telah mengaku kalah
Menjadi pesalah yang rebah
Wajarkah aku membangkit rasa amarah?
Bukan pada siapa2..melainkan aku yang parah
Kerna aku yang bersalah…


Dzatuun _nithaqaini
17/01/09

12.22 a.m.

AMALAN LADANG : TANAMAN MAKANAN (selingan)



oryza sativa


penyediaan semaian talam

benih padi ditabur sekata (agak2)



selepas 3 hari..inilah hasilnya.



pemindahan ke sawah padi buatan...



semaian ke petak sawah (disamping semaian tabur terus y x jadi)
huhu...


ni group orang len punyer..cantik jer hijau subur...



insyaAllah...kalau menjadi hasilnya.


Monday, January 12, 2009

IMPIAN PALESTINE



telah kau robek segala impian



yang pernah kami angankan



untuk sekadar merasa aman





kau tambah rasa kebencian yang sedia bersarang



kau bangkitkan lagi rasa permusuhan



kau gemburkan api2 kemarahan




israel , zionis, yahudi...


nantikan pembalasan Tuhan


atas keangkuhan yang kau taksubkan...





senjata (doa) umat islam sedang bergabung



di seluruh dunia kami memohon



pada Dia Yang Maha Agung!





kehancuran yang kau persaksikan kepada kami



bakal menjadi igauan ngeri disetiap sarafmu



kerna tak pernah kau perdugakan...







tika mana batu dan pokok yang pernah kau hancurkan



menjadi sekutu kami dalam sebuah perjuangan



"disini si israel keparat bersembunyi, datang dan bunuhlah dia"

HANCUR.... ISRAEL!
HANCUR....YAHUDI!
HANCUR.... ZIONIS!

ISLAM kan kembali GEMILANG...


JANJI TUHAN ITU PASTI!!!


ALLAHUAKHBAR!!!

Wednesday, January 7, 2009

Satukan Muslim Sedunia

Album : Optimis Saja Lah
Munsyid : Tashiru feat: Ebith Bit E
http://liriknasyid.com/

(Tashiru):

Aku tertunduk malu
Terdiam daya upaya
Aku terhentak lesu
Kala derita melanda
Di hati negeri sana
Deru, peluru dan darah
Menjadi saksi segala
Kerap perjuangan...

Jauh dari lubuk hati,
inginnya ku serukan
Senandung perdamaian,
mengumandangkan keadilan

Bukalah pintu hati
Peduli pada sesama
Membantai kezaliman,
hancurkan kemunafikan

Reef:

Satukan Muslim Sedunia
Kuatkan ikatan ukhuwah
Hilangkan duka lara yang melanda saudara seiman
Satukan Mukmin Sedunia
Rapatkan barisan ummah
Bebaskan negeri islam,
dari segala keangkuhan

(Ebith Bith E):

Scommencez avec...
BismillahKita sebut asma Allah
Satukan niat, semangat ukhuwah Islamiyah
Muslim di dunia kan terasa indah
Kesampingkan perbedaan berjuang fissabilillah



Muslim bersaudara, muslim bersama-sama
Muslim bagaikan tubuh dan anggotanya
Satu bagi yang terluka
Maka bagian yang lain ikut merasakannya

Satu kata, satu makna, satu wacana
Berteduh dalam satu bendera
Islam sebagai cahaya
Nabi Muhammad panutan kita
Allah tujuan akhir semua...

Hidup ini memang perjuangan
Saling bantu ringankan beban muslim seiman
Saling mendoakan
Jabatkan tangan silaturrahim
Berjuang kita ulurkan tangan

Lailahailallah... Lailahailallah... Lailahailallah... Lailahailallah...

Tuesday, January 6, 2009

Cerpen Pendek Menarik Mengenai Palestine

(True Story)Dilulus terbit pada Monday, January 05 @ 12:15:00 MYT oleh TokPenghulu Oleh mohaz_line


"Tika blog ini diposkan, suasana pagi di sini amat nyaman sekali. Diselang-seli dengan bunyi cengkerik malam yang melagukan lirik-lirik PenciptaNya. Tika ini juga kupasti penduduk sekitar sedang asyik dibuai lena tahun baru yang penuh dengan azam basi tahun-tahun lepas. Telingarku dari tadi dilunakkan dengan keasyikan lagu buatan manusia yang tercorong melalui radio bersama dengan irama dan celoteh malam yang penuh kehipokritan dari juruhebahnya.


Tiba-tiba ku terdengar suara rintihan kanak-kanak memekik meminta tolong. Melaung-laung memanggil ibubapa mereka. Kadang-kadang kedengaran suara dewasa bertempik meminta pertolongan. Juga suara rintihan supaya tidak diapa-apakan mereka. Aku buntu mencari punca suara mereka semua. Bukan dah lewat malam sekarang? Mengapa mereka belum tidur lagi? Bisik hati kecilku. Aku tertanya-tanya di manakah mereka?


Aku terdengar lagi. Kali ini bunyi dentuman yang amat kuat yang bersahutan dengan bunyi seperti bom tangan. Aku panik. Apakah yang berlaku di tengah-tengah malam yang ku sangka dingin tadi? Aku bingung. Bunyi dentuman tadi hilang sebentar tapi disusuli pula dengan deruman enjin jet pejuang dan helikopter yang amat bingit. Lagi aku bingung. Sesekali bunyi orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Aku terasyik dengan laungan itu. Mereka seolah-olah memanggil aku. Cuba mengejutkan penduduk di sini. Mereka cuba memberitahu sesuatu. Mereka seolah-olah merintih apa yang mereka hadapi sekarang. Apa yang yang dah berlaku? Tekaku.


Rupanya nun jauh di Semenanjung Gaza mereka tidak tidur. Mereka tidak lena malam ini. Tidak seperti keluargaku yang sedang lena dihanyutkan dengan mimpi-mimpi indah. Tidak senyaman malam kampung halamanku. Tidak pula kedengaran cengkerik menyanyikan lagu-lagu PenciptaNya. Aku tersedar dari lamunanku.


Mereka kini sedang mencari-cari tempat persembunyian tatkala aku di sini selesa di atas kerusi pastik. Mereka kini bersengkang mata menjaga keselamatan diri dan keluarga tatkala aku di sini bersengkang mata melayari internet. Mereka kini sedang mengerang kesakitan dek ditembak peluru-peluru sesat yang sengaja disesatkan Yahudi Laknatullah tatkala aku di sini sedang mengerang sakit pinggang dek kerana terlalu lama mengadap komputer. Mereka kini sedang disajikan dengan bunyi dentuman bom dan senjata api yang entah dari mana puncanya tatkala aku di sini disajkan dengan bunyi radio dengan juruhebah bodohnya.


Mereka juga kini sedang takut menyelubungi diri mereka lantaran deruman jet-jet pejuang yang mengganas di sekitar rumah kediaman merka tatkala aku di sini takut lantaran dentuman pintu dapur yang ditolak angin kerana lupa dikunci siang hari. Mereka juga berselimut ketakutan takut-takut askar Yahudi menceroboh masuk bilik-bilik mereka tatkala aku di sini berselimut tebal kerana kesejukan kipas.


Duhai Palestinians. ..

Aku terjaga kali ini. Aku mendengar malam ini. Aku nampak kamu sekalian malam ini. Aku dapat menyelami kegusaran hatimu itu. Jauh di sudut hati aku mahu berada disampingmu.Tapi apakan daya, aku hanya dapat menonton keperitanmu dari kaca televisyen sahaja. Tapi bukan paparan utama, hanya paparan sampingan sebelum berita sukan. Aku hanya dapat melihat penderitaanmu dari paparan laman-laman web seadanya. Aku hanya dapat menatap kesengsaraanmu dari hebahan surat-surat khabar sahaja. Itu pun di sisipan kedua setiap akhbar di Malaysia ini. Aku hanya dapat menyaksikan kematianmu satu persatu melalui statistik dunia.


Duhai Palestinians. ..Maafkan aku. Memang kita seagama sesaudara. Tapi apakan dayaku. Hanya doa kupanjatkan.


Ya Allah...

Kau perkuatkan keazaman mereka untuk menentang Yahudi Laknatullah.Kau kurniakanlah kekuatan yang luar biasa untuk mereka menghadapi musuh-musuh agamaMu. (2009 Copyright mohaz_line@hotmail. com)Kau syahidkanlah mereka dek kerana mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.Kau berilah kemenangan di akhir episod duka ini. Amin.


Friday, January 2, 2009

kupunya nama kini...

kenapa dzatuun_nithaqaini???

macam ada sedikit persamaan dengan namaku dalam huruf2 jelah hehe... tapi peribadi si pemilik gelaran tersebut insyaAllah akan ku jadikan dia sebagai tauladan walaupun dia bukanlah seperti Aisyah r.a. tapi mereka tetap dari ayah yang sama... peranannya dalam peristiwa penghijrahan Rasulullah dan ayahanda beliau sangat kukagumi...keberanian yang beliau miliki ingin aku, agar turut bersemi dilubuk jiwa ini...